Pages

Friday 18 November 2011

Period Pains / Senggugut / Menstruasi


Assalamualaikum & Salam mesra Ladies….yesss, ladies J

It’s about our problem every month, sesetengah la kali kann…mungkin membuatkan kita betul-betul tidak selesa for whole day dan merosakkan rancangan yang sudah pun di ‘takwim’kan. Kalau istilah perubatan called it Dismenorea. Suka la,macam cantik ja nama :D cantik la sangat kalau tengah mengalaminya.sakit siottt!! Kadang-kadang sakit sampai 1-2hari pertama period. Mungkin sesetengah ladies mengalami sakit yang sederhana atau sedikit atau tidak mengalami sakit langsung.huh bagusnya~

Hari ni hari kerja and rasa mau balik rumah berguling-guling di katil L tapi tak bleyyy!! Buat kerja apa pun tak bleyy..seluruh badan rasa kebas-kebas, kejap panas, kejap sejuk, kejap begegar, kejap rasa mau muntah, kejap pening, and sakit peyyuuuttt for sure! Then saya buka laptop, FB, Twitter, Blog…Sekadar layan laman sosial untuk melupakan kesakitan yang melanda. Orang cakap salah satu tips adalah jangan memikirkan sangat kesakitan tu. But how come? Bukan orang lain yang kena, tapi diri I sendiri donggg… Argh, lepas tu buka google.jeng jeng jeng… “Cara mengurangkan senggugut”..search…hehehe relief sikit, lagi ramai ladies di luar sana mengalami perihal yang serupa. Normally, kesakitan ini hanya dihadapi oleh ladies dalam lingkungan umur 20-30 tahun. Ada juga yang mengalaminya lebih awal terutama mereka yang period pada umur 12 tahun dan kebawah.wah ada juga??ehe.. Tapi ini merupakan perkara normal bagi wanita. Kesakitan bulanan yang dianugerahkan oleh Allah J syukur~

Menurut sains lah kan, kesakitan menstuasi ini adalah disebabkan keluarnya darah dari vagina kerana runtuhnya dinding rahim yang banyak mengandungi pembuluh darah. Berlakunya senggugut ketika dinding rahim itu runtuh.fuhh…tambahan lagi pergerakan kuat otot-otot uterus menyebabkan dismenorea. Ini lah dia Period Pain. Terasa kekejangan pada pada seluruh anggota badan, perut rasa macam dipulas-pulas, sakit tulang belakang, tangan dan kaki, loya-loya, kepala berdenyut-denyut macam semua darah naik ke kepala pula. Pucat?yes…! Don’t worry, it’s normal J saya juga mengalaminya. Besar kemungkinan seseorang itu dilanda senggugut sekiranya mempunyai darah haid yang banyak, atau tempoh baligh yang lebih awal selain merokok dan pengambilan alkohol. So ladies, amalkan gaya hidup sihat. And also don’t worry because ia hanya sakit sementara 1-2 hari J …huhuhu L… tapi kalau sakit berpanjangan, kena lah jumpa doktor. It might be something wrong..

Okey, beberapa tips kita boleh kongsi bersama. Ladies? Sebelum period, kita boleh elak sakit dengan mengamalkan minum air panas/suam. Elakkan minum air sejuk/berkarbonat/teh/kopi/alkohol.. Then, makan makanan yang mengandungi vitamin B like kekacang, sayur-sayuran, ikan, else… Banyakkan minum jus buah-buahan.wah sungguh diet tapi elakkan juga diet yang tidak seimbang. 
Time tengah sakit tu, makan ubat tahan sakit. Kalau saya selalunya, makan panadol menstrual yang warna pink tu.tapi better jangan amalkan la pengambilan ubat tu.emm tidak tau la kenapa.hehe..lagi satu, cuba la amik tuala kecil basahkan dgn air panas then tekap atas perut atau area-area yang sakit. Insya Allah dapat mengurangkan sakit...


*okei,saya tak tahan sakit da. OUT.