Pages

Sunday 25 December 2011

Beloved grandma, My Odu.. R.I.P


Tersangat la terkejut bila saya dapat SMS and Called from sister, bapa, abang that night 16 Disember 2011. Sudah tidur lena pun jam 12 tengah malam tu. “Our beloved Odu sudah meninggal…” Ommo, sesak seketika nafas ku! Saya tau dia memang tengah sakit. Rasanya baru last month lalu saya melawat, she still look better, still recognize me, we talked…..  Time tu terasa sangat berita tu adalah ‘tiba-tiba’. Sedey dowh!

My energetic grandma, so much effort herself to speak melayu because kebanyakkan cucunya tidak pandai bertutur in dusun. At last, melayunya lurus juga sampai ke akhir nafas. Odu kesayangan, old lady yang sangat tabah, penuh dengan kehidupan tradisional in her 83years old life. Saya sentiasa ingat leteren Odu in melayu+dusun semasa tengah makan kalau tidak menghabiskan makanan.huhuhu… Mereka sentiasa akan ingat my Odu’s precious handcrafts, jasanya dalam mempertahankan budaya dusun Lobou sehingga ke hari ini, penghargaan Odu dalam sumbangannya memperkenalkan sukukaum minority sabah ini. Saya masih ingat satu keratan akhbar tentang kemahiran memintal benang menjadi kain, dan my Odu menjadi gambar utama!! Weeehuuuu I’m really proud of it! Ya, keratan itu telah di’frame’ cantik-cantik dan digantung di ruang utama at kampung J.. I wonder if any her grandchild mewarisi kemahiran itu L..



Kami akan sentiasa ingat bagaimana Odu memintal kapas menjadi benang yang sangat kukuh, menenun benang menjadi kain, menganyam tikar, barait, topi, etc…, Odu yang tidak pernah lekang dari sigup dan tinggat, Odu yang sangat suka bercerita dan sangat penyayang, Odu yang tidak pernah mahu menyusahkan orang lain dan sangat kuat bekerja. We all will always miss you L May her soul rest in peace! My Odu, Barigid binti Rampagas.

Friday 18 November 2011

Period Pains / Senggugut / Menstruasi


Assalamualaikum & Salam mesra Ladies….yesss, ladies J

It’s about our problem every month, sesetengah la kali kann…mungkin membuatkan kita betul-betul tidak selesa for whole day dan merosakkan rancangan yang sudah pun di ‘takwim’kan. Kalau istilah perubatan called it Dismenorea. Suka la,macam cantik ja nama :D cantik la sangat kalau tengah mengalaminya.sakit siottt!! Kadang-kadang sakit sampai 1-2hari pertama period. Mungkin sesetengah ladies mengalami sakit yang sederhana atau sedikit atau tidak mengalami sakit langsung.huh bagusnya~

Hari ni hari kerja and rasa mau balik rumah berguling-guling di katil L tapi tak bleyyy!! Buat kerja apa pun tak bleyy..seluruh badan rasa kebas-kebas, kejap panas, kejap sejuk, kejap begegar, kejap rasa mau muntah, kejap pening, and sakit peyyuuuttt for sure! Then saya buka laptop, FB, Twitter, Blog…Sekadar layan laman sosial untuk melupakan kesakitan yang melanda. Orang cakap salah satu tips adalah jangan memikirkan sangat kesakitan tu. But how come? Bukan orang lain yang kena, tapi diri I sendiri donggg… Argh, lepas tu buka google.jeng jeng jeng… “Cara mengurangkan senggugut”..search…hehehe relief sikit, lagi ramai ladies di luar sana mengalami perihal yang serupa. Normally, kesakitan ini hanya dihadapi oleh ladies dalam lingkungan umur 20-30 tahun. Ada juga yang mengalaminya lebih awal terutama mereka yang period pada umur 12 tahun dan kebawah.wah ada juga??ehe.. Tapi ini merupakan perkara normal bagi wanita. Kesakitan bulanan yang dianugerahkan oleh Allah J syukur~

Menurut sains lah kan, kesakitan menstuasi ini adalah disebabkan keluarnya darah dari vagina kerana runtuhnya dinding rahim yang banyak mengandungi pembuluh darah. Berlakunya senggugut ketika dinding rahim itu runtuh.fuhh…tambahan lagi pergerakan kuat otot-otot uterus menyebabkan dismenorea. Ini lah dia Period Pain. Terasa kekejangan pada pada seluruh anggota badan, perut rasa macam dipulas-pulas, sakit tulang belakang, tangan dan kaki, loya-loya, kepala berdenyut-denyut macam semua darah naik ke kepala pula. Pucat?yes…! Don’t worry, it’s normal J saya juga mengalaminya. Besar kemungkinan seseorang itu dilanda senggugut sekiranya mempunyai darah haid yang banyak, atau tempoh baligh yang lebih awal selain merokok dan pengambilan alkohol. So ladies, amalkan gaya hidup sihat. And also don’t worry because ia hanya sakit sementara 1-2 hari J …huhuhu L… tapi kalau sakit berpanjangan, kena lah jumpa doktor. It might be something wrong..

Okey, beberapa tips kita boleh kongsi bersama. Ladies? Sebelum period, kita boleh elak sakit dengan mengamalkan minum air panas/suam. Elakkan minum air sejuk/berkarbonat/teh/kopi/alkohol.. Then, makan makanan yang mengandungi vitamin B like kekacang, sayur-sayuran, ikan, else… Banyakkan minum jus buah-buahan.wah sungguh diet tapi elakkan juga diet yang tidak seimbang. 
Time tengah sakit tu, makan ubat tahan sakit. Kalau saya selalunya, makan panadol menstrual yang warna pink tu.tapi better jangan amalkan la pengambilan ubat tu.emm tidak tau la kenapa.hehe..lagi satu, cuba la amik tuala kecil basahkan dgn air panas then tekap atas perut atau area-area yang sakit. Insya Allah dapat mengurangkan sakit...


*okei,saya tak tahan sakit da. OUT.

Wednesday 24 August 2011

When everything goes wrong!

All is going not right today. I don't know why.... Lepas satu, satu lagi tidak betul. Susah hati sungguh saat ni. Entah apa lagi kesilapan yang saya buat, effect dia terus datang sekali gus. Baru saja pagi tadi seorang sahabat share sebuah video tentang "Mencari Sakinah" di wall Facebook saya...



Benar-benar membantu saat in. Terima kasih seorang sahabat :)

Monday 22 August 2011

Biskut Suji Sedap

"Assalam"...hehe trademark family tunang ku :D Alhamdulillah saya masih sihat menjalankan ibadah puasa walaupun sudah konfom2 tidak full. Alamak, makin kurus sudah ni..... Tapi masih dengan kegiatan membuat biskut ;) Ni kali laaa, biskut suji sudah. Antara my favourite taste of biskut babe!! Resepi ni dapat dari seorang rakan tebaik saya yang juga banyak mengajar saya hal-hal "rumahtangga" dan perkara-perkara yang banyak mematangkan diriku ini.huk3... Terima kasih Siti Majnah :))


Biskut Suji Sedap

Wooopsss!! sebelum saya sharing is caring this resepi, i have to got permission from my friend dulu. Dia punya resepi pula kan..hehe tayang gambar ja la dulu. Muah muah!

**hadoyaiii cemana la mo design2 blog ni.sungguh2 sy x pandai ni..hentam saja laa..apa nak jadi, jadi la!!haha~

Sunday 21 August 2011

My Biskut Raya 2011

Syukur Alhamdulillah, exam saya untuk semester ini sudah pun abis. Oleh itu, kerja membiskut diteruskan lagi. Hujung minggu baru terbuat la biskut ulat bulu yang diwar-warkan sebelum ni. Hari sabtu terbuat la sikit...malam tu saya habiskan dengan study dan zzzzzz (=_=)" tapi okey la coz dapat juga jawab dengan sebaiknya. Salah atau betul, belakang kira pula ekk...hari ini baru la ada masa sikit update blog :D


Ruth punya Biskut Ulat Bulu

Alkisahnya, resepi ini belajar dari mama. My mama pun jarang buat biskut kalau hari raya sebab sibuk lagi mama menjahit tempahan baju raya. Selalunya mama pun buat biskut cara cuba jaya juga. Teringat la dulu, mama balik-balik buat biskut ni, balik-balik juga la biskut lain yang jadi. Terlampau keras la, terlampau lembut la, terlampau kembang laaa...macam-macam. Akhirnya rasa ini juga yang muktamad! Hmm, even tidak berapa nak lembut macam hasil tangan mama, tapi tetap jadi yooo!! ^^ So, I nak sharing is caring la ni.....yang ini pun senag juga. Selamat mencuba!

Bahan-bahan: 80g mentega, 80g minyak sapi (gheeblend), 50g gula aising, 100g tepung susu (saya guna nespray), 250g tepung gandum (atau secukupnya), pewarna hijau, gula kastor, kurma (dipotong panjang-panjang).

Cara-cara: Pukul mentega, minyak sapi dan gula aising sampai jadi krim. Then, tambah beberapa titis pewarna hijau. Kalau nak ulat bulu tu colour merah pun boleh kali :D... Lepas tu, masukkan tepung susu dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli la sebatian itu sampai jadi doh. Sesudah itu, bentuk doh tersebut bulat panjang-panjang dan masukkan kurma di dalam. (ntah cemana mau cakap,haha)...Bakar sampai masak lerrr.Akhir sekali, tengah biskut tu masih suam, salut la gula kastor . Maka terbentuk la biskut ulat buluuuu..sepatutnya kena tambah pengembang siiiikit supaya biskut tu jadi lebih lembut. Yang tu, pepandai korang la..I buat simple macam ni pun, lembut da (and seeeedapp!) coz letak banyak minyak sapi.wahaha..terima kasih!

Wednesday 17 August 2011

My Ramadhan...

Haha....nak sangat Blogging. Tapi malas mau update!!hapeeeda Ruth :PPP okei la..okei la..masih dalam bulan Ramadhan yang mulia ni 18Ramadhan 1432H :) Alhamdulillah...Syukur masih berkesempatan menjalankan ibadah puasa. Nikmat jooo......(thumb up!)
Mau sharing sini kot semalam baru start membiskut..biskut untuk raya daaa....masyuk gak cket ;) cuma tahun ni x amik tempahan banyak coz penat la (p/s-tahun lalu sangat masyuk :D coz sangat rajin dan sangat semangat lagi!)..this year...dengan exam lagi..dengan tiada asisten lagi..dengan keja lagi..penat la tu sorang2 membikin kan..(keee malas???)


MY TAT NENAS... Tat Nenas Ruth ^_^

Resepinya ni dapat dari majalah resepi jew..praktis2 buat,dah pandai2 tambah bahan2 yang lebih menyedapkan lagi..thanks to the majalah Saji yang memberi inspirasi ;) simple ja kawan-kawan...jom la try ^_^

Bahan-bahan : 250g mentega, 100g gula aising, 100g tepung kastad, 100g tepung jagung, 250g tepung gandum (atau secukupnya), jem nenas.

Cara-cara : Pukul mentega n gula aising sampai kembang. Then, masuk tepung kastad, tepung jagung, n tepung gandung dikit demi dikit ya..pukul la semua tu sebati dan sampai jadi doh. Lepas tu, tri fofaif...hihihi....sudah jadi doh,senang la ksi bentuk guna acuan tat tu..jem nenas tu kasi balut ja...last sekali, sapu kuning telur atas biskut.supaya bekilat2,bilang mama..masuk oven,bakar sampai masak ;) senang kan..kan..kan..selamat mencuba

Malam ni buat biskut lagi.tat nenas lagi.mcm x cukup je semalam..Alu sempat buat la biskut lain.. Ulat Bulu..Yeah......!!

Tuesday 9 August 2011

Pengenalan

Me? Wanita yang sentiasa ingin berjaya dalam apa jua bidang. Sangat banyak angan-angan yang belum mampu digapai. Halangan demi halangan perlu ditempuhi. Ya, I know :] Semua perlukan usaha.. Okei SABAR sentiasa di samping ku.
*nah tu...terus upload pic gitu ya ^^, hihi....*

Let's Start!

10 Ogos 2011 - 10.30a.m

Maka, tercipta la my own blog :).... Well, it's feel lovely!! <3 <3
Kena lagi pada bulan Ramadhan yang mulia ^_^ tp pertama hari x dapt berpuasa hari ini, cozzzzzz lemahnya aku sebagai kaum hawa v_v... apa-apa pun. Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh nikmat kesyukuran. Jangan membazir ya Ruth!!hihi.......