Pages

Wednesday 15 February 2012

Lumrah Tempat Kerja


Hai semua. Salam.!
First all, saya ingin berterus terang bahawasanya, I’m not good enough dalam penulisan. Walaupun saya memang berbangga subjek Bahasa Melayu saya dalam SPM 2004 adalah A1 ok, tapi mungkin kerana factor sudah-lama-meninggalkan-bangku-sekolah, segala ayat bombastic fantastic kau memang daboom kian ter’delete’ dari kotak ingatan. Pernah tau try buat novel, tapi hahahaha saja.hmm kesian… Sekian, mengarut!

Nama dia Spidey. Menyerah diri sebab tidak tahan gosip.haha!

Ok, back to the basic… Direct to the point… Phew spiking dowh! Macam ni bah, saya cuma terfikir tiba-tiba satu ayat ni tau, em pasal rakan sekerja. Mungkin ramai yang juga menghadapi situasi yang sama di tempat kerja. Saya sebagai insan yang banyak masa lapang hanya ingin meng’hitamputih’kan situasi tersebut dalam my blog yang buruk ni kann.ok saya faham juga tu. Biasalah dalam satu-satu komuniti tu memang macam-macam jenis manusia. Itu seronoknya hidup bermasyarakat J mungkin ada juga yang berpuak-puak. I mean, ada geng masing-masing yang tidak sebulu antara satu sama lain. Masing-masing mengumpat, masing-masing pun serba tidak kena. Kan..kan..kan…. Ada lagi tu yang bermuka-muka.cheii! :D saya seakan pemerhati sadja. Tidak mau masuk campur pun, tidak suka pun!tidak syiukk pun!!lalala…

Bagi saya mudah saja kaley.. Kalau kita sentiasa mau mengelak umpatan dan keji orang, sampai bila-bila pun kerja kita tidak pernah sempurna di mata golongan manusia itu. Yalah betul, sedangkan Nobody Is Perfect kan, apatah lagi kerja yang sememangnya dilakukan oleh somebody. Rasa sangat dayus kalau asyik mau kena jaga hati mereka-mereka itu kalau memang lumrahnya sifat manusia yang tidak pernah mahu berpuas hati. Ada yang tidak senang hidup kalau tu mulut tidak cakap yang baik-baik pasal orang lain. Ish ish ish..kann.. Aaaaahhh persetankan golongan manusia seperti itu! Eh, kurang ajar ka tu ayat? Bukan..maksud saya, pedulikan sadja mereka dengan labu-labunya.haha x kaitan.. X payah juga mau tunjuk baik yang seakan-akan menjadi mangsa keadaan kena cakap-cakap dibelakang semata-mata perasan diri sendiri baik dan meminta kesian sama orang lain. Yaiiiii..haha… Just do what you think right! Bilang orang putih. Buat saja lah apa yang diri sendiri rasa betul, rasa selesa, rasa ikhlas. “Ada aku kesah kena cakap-cakap” haaa gitewww~  Marilah kita sama-sama mengeluarkan cerita-cerita yang baik-baik saja di dunia.

Tapi kan, bagus juga la kadang-kadang. Yang ini positif dia sudah. Yalah, setiap sesuatu itu, ada juga pro dan kontranya, maka ada lah negative dan positifnya. Sekurang-kurangnya, kewujudan golongan manusia seperti itu telah mewarna-warnikan duniawi J Ok la tu…

Bye! *memang gagal bahagian penutup.lalala…*

Sunday 12 February 2012

Sedang Merepek


Mengapa perlu disimpan kalau boleh diluah
Mengapa perlu luahkan janji kalau tidak meyakinkan untuk dikotakan
Ada pihak mungkin percaya, ada juga mungkin tidak percaya
Ada pihak mungkin dapat terima, ada juga mungkin tidak dapat terima
Ada pihak rasa bahagia sedemikian, ada juga mungkin tidak
Pentingkan sebuah persefahaman?!
Penting… Penting… Penting…!
Kalau ada persefahaman, tidak membawa masalah?
Bagaimana kalau sebelah pihak sahaja yang menentukan keputusan?
Sebelah pihak lagi hanya menurut kerana ingin mencapai persefahaman
Kononnya lah……
Oh iya, tolak ansur!
Saling mempertimbangkan keselesaan situasi masing-masing
Baik… Baik…
Saya tidak suka begitu begitu
Saya pula tidak suka begini begini
Baiklah, saya akan begitu begini
Oh kalau macam tu, saya juga akan begini begitu
Sekarang masing-masing ada peranan
Masing-masing merasa situasi selesa dan kurang selesa
Sendiri merasa kurang selesa, tapi selesa bagi orang lain
Orang lain merasa kurang selesa, tapi selesa bagi sendiri
Adil dan saksama
Semuanya melalui proses perbincangan
Luahkan!!!

Thursday 9 February 2012

Rindu Tempat Kerja Lama


Ya tiba-tiba saya rindu tempat kerja lama. Workmate di sana yang really sporting dan sapportive . Entahlah, kadang-kadang rasa menyesal pindah sini singgah dalam laman sesawang kepala otak ni. Tapi kita ambil yang positif la kan, sebab rasa itu pun datang kadang-kadang ja.huhu…

Tempat kerja lama, I mean tempat kerja sebelum pindah sini lah. Di sana lah 1st posting saya, di sanalah saya mula belajar tanggung diri sendiri *jauh pula aa dari keluarga*, di sanalah mula merasa pegang duit sendiri dan mula memboros, di sanalah saya mula belajar berdikari *tapi hujung-hujung minggu balik juga umah mak*, di sanalah saya belajar banyak perkara tentang kehidupan, di sana juga lah saya rasa kehidupan seperti saya dapat menonjolkan diri saya yang sebenar. Saya benar-benar menjadi diri saya sendiri dan persekitaran tu sangat-sangat selesa sebenarnya. Tempat kerja sekarang ni, x tau la mau kata apa =_= tapi bukan tempat kerja sini saya mau madahkan sekarang.hihi~

with my loyal friend yang maha mendengar, Tengku Rokiah!

Testing webcam laptop baru si kawan :)

Saya teringat tempat duduk saya di sana, saya teringat peranan-peranan yang yang saya pegang di sana, saya teringat rutin kerja harian yang saya kena buat di sana, time-time lepak with workmate di sana, saya rindu diorang Uya, Ati, Ojen, Daw, Kak Erni, Anti Celes, Anti Jebet, semuanya lahhh. saya suka semua itu sebenarnya J Rindu saat-saat memancing ramai-ramai, memasak ramai-ramai, makan ramai-ramai. Eh, semua tu dilakukan time office hour. Hebat! :D Rindu gurau senda, lawak jenaka, dengan diorang. Rindu mau mengeluarkan kegila-gilaan yang sedang membeku dalam stor otak saya sekarang ni. Aduduhhh~ Rindu dengan segala perancangan yang grand-grand dan mengujakan tapi tidak pernah pun mau laksanakan :D

Time Karnival Sukan Pend. Khas

Saya suka duduk belakang kereta mcm ni, Free Air.weuuu...

Rindu dengan ubahsuai bilik kerja saya di sana, sebab saya la orang pertama yang menduduki bilik kerja tu dari kosong-sekosong-kosongnya sehingga minta perabot itu-ini, susun sana-sini, hias kiri-kanan-atas-bawah. All by me! J Time itu, ruangan tersebut akulah yang punya. My privasi dan sangat selesa, hehe deko saya sendiri kenalah puji sendiri. Paling dirindui my ikan kap, si Kapi-Kapi. Teman saya di bilik kerja yang saya wish “Good Morning, Kapi-Kapi hensem. Sihat? Hari ini, saya mau buat itu-ini-itu-ini………” setiap hari. Maka, si Kapi-Kapi pun macam menunjukkan kegembiraan setiap kali nampak saya datang dengan berenang laju sambil mencium-cium dinding akuarium. *Padahal dia minta makan :D* Sebelum pulang, saya akan cakap dengan dia “Bye Kapi-Kapi, jumpa besok” and bagi dia sedikit dinner. Sayangnya saya dengan ikan itu yang dibeli dari tamu. Saya jaga Kapi-Kapi dari dia sebesar dua jari sampai sebesar tapak tangan. Terus terang, salah satu reason saya rasa keberatan meninggalkan tempat tu. Seminggu selepas saya pindah, Kapi-Kapi mati LLL Ok done with Kapi-Kapi, life goes on kannn… 

My last day here. Thanks Anti Lucia for the tempat pen yang kiut ;)

They masak-masak for my Majlis-Good-Bye-Jiera. Terharu sehhh :')

Love you all. Mmmmuahhh!!!

Now, saya dengan angin baru di tempat kerja sekarang J Just nothing much to say. At least, dapat pindah ni dekat dengan family. Mau berabis dulu berkepit sama si mama. Sudah kawin nanti, x dapat sudah buat mcm tu kan.huhu… And, at least, my finance ok sikit lepas pindah ni. Alhamdulillah J And saya masih in touch with my friends tempat kerja lama. Memori with you all tetaps di hati.chewah… And, hikmah disebaliknya ialah my life better. Walaupun, suasana agak kureng di sini, saya masih ada teman-teman dari tempat kerja lama untuk dihubungi dan mengadu. Ok ok nanti kontroversi :D

Kthxsalam.

LOL

Monday 6 February 2012

Di Penghujung musim buah


Holla.. anybody??hehe..
Rasanya lama sungguh x update blog
Rasanya saya la makhluk tuhan yang paling malas update blog
Rasanya my blog la yang paling buruk di dunia.
A~ha~ha~ha~ [ketawa yang macam cover malu]

X pa lah tu kan. Jiera x kisah J lalala.. Cuma mau ‘Sharing is Love’ my moment this weekend :D
Merujuk tajuk, sudah di agak la pasal durian kan. Itu pun sebab seorang teman ni yang perlukan sesuatu untuk saya ke Tenom, dan terniat dihatinya mau ikut (memang kuat merayau juga teman tu :P), maka ke Tenom la kami Sabtu yang panas itu. Kebetulan tempat yang dituju ialah tempat my aunty yang ada kebun durian yang agak besar juga la kaley kan.

Sebelum sampai ke rumah aunty, sempat juga menyinggah di Tamu Tenom yang kebetulan juga ada Pesta Buah berlangsung. Itu pun sampai Tenom baru tahu ada pesta ni, ahaa ketara la tidak ikut perkembangan semasa kan. And you know what, we sampai sana, habis sudah buah-buahan. And yang lawaknya, banyak buah yang dipijak-pijak. Habis bah tu rambutan, langsat, matakucing, manggis kena pijak-pijak. Huhuiii cubalah durian yang dorang pijak-pijak.kahkahkahhh… Yala, dengar-dengar pun memang makan free pesta tu. Waa bayangkan satu daerah Tenom (mungkin ada juga dari luar daerah datang kan) pergi makan buah free sana. Cemana la banyaknya buah yang dorang kasi sedia (o_0) itu pun, yang lain-lain kena pijak ja.naaaa…..

Anding in the house!! Eh, apa kaitan kan?haha.. Bukan apa, time ke Tamu tu jumpa lagi seorang teman yang memang orang Tenom lah. Kebetulan lagi di pesta tu ada penggambaran drama kena buat. Pelakonnya si Anding la :D [banyak pula kebetulan perjalanan kami ni tau] Teman kita ni pun rupanya sudah mula menapak ke bidang lakonan. Berlakon lagi dia sama Anding. Piwitt..kannn… Good Luck to her! J Sempat la juga take pictures sama Anding. He sooo nice, peramah and look-a-like ‘urang kita’. Walaupunnnnn… ;) Ok, memang langsung x termakan buah free time ni, mau join pijak buah pun rasanya x sanggup..

Myself, Ojen, Deeda and Anding for sure :)

Okei okei da panjang sangat rasanya, tapi belum sampai rumah aunty lagi. Cemana tu?? Haaa..sambung cerita :D so, perjalanan diteruskan lagi ke rumah aunty di Kg. Bamban, Tenom yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dari pekan Tenom orang cakap. Tapi rasanya x sampai pun 20 minit pun saya drive ke sana :P [jaga..mula perasan pro..] Akhirnya selamat sampai juga ke rumah aunty. Okei, ada tersesat sekejap. Yala, first time drive sendiri ke sana :D Alhamdulillah… Dengam kurang rasa malunya, kami terus membuka 4-5 biji durian yang memang sudah tersedia di halaman rumahnya. Rasa x puas melahap, tukar heels kepada kasut getah aunty, terus masuk kebun sambil bawa buyung. Haaa… ambik ko, kebun berbukit!! Penat sehhh.. Dipendekkan cerita, kami lari sini sana pigi punggut durian jatuh. (macam ada ja yang mau pigi berebut ni) Best pula, sambil punggut, sambil buka durian, sambil makan-makan sampai separuh nafas. Sempat lagi tersesat dalam kebun (Saya sedang lucu sendiri :DD).. Rambutan langsat matakucing kena jelling-jeling ja. Lepas tu kan, sudah kumpul durian dari kebun tadi, angkut la bawa masuk kereta. Rupanya x muat dalam kereta mewah I, dapat bawa bawa separuh ja.ndapa lah.. hehe

yaaa..itu diaaa...melahap di tengah kebun! 

buka jangan x buka :D

Selesai segala urusan, barang penting pun sudah sumbat dalam kereta, durian pun sudah masuk kereta, perjalanan balik Keningau pun bermula J tertidur-tidur si kawan dalam perjalanan. Kepenatan letew.. Me pun penat taw! Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.