Pages

Monday 23 July 2012

Kalau Cuti Sekolah

Musim cuti sekolah adalah sinonim bagi majlis-majlis risik, meminang, tunang dan tentu sekali kahwin-kahwin. Em biasalah, time cuti sekolah ja kebanyakkan orang boleh spend time untuk acara-acara seperti itu.ngee... Saya sendiri, dalam fasa-fasa umur mau kahwin ni pun terima banyak undangan perkahwinan, khabar pertunangan kawan-kawan juga kazen-mazen. Nda terlayan la semua sekali ba kan.ngee... Cuma saya berkesempatan join dalam beberapa acara yang melibatkan keluarga la, terutamanya :)

Rombongan meminang sekaligus majlis pertunangan untuk my cousin di Kampung Mosopoh, Nabawan. Jauhnya perjalanan dari Keningau sampai 2 jam termasuk setengah jam masuk jalan gravel. It's fun! Ini la kerja kalau with my only sister, suka bergambar sendiri. Cemana juga kalau sudah canteq kan. Pfft! Time ni dua-dua pihak sedang runding-runding harga berian. Si cousin ni pun cari bakal bini orang murut, amek kau berian riban-riban. Syukur la nak, parent dia tidak kasi berian sampai mati.ngee...

Kan? Macam nikah sudah dorang :D Punya main sporting la ngian kami yakni bapa kepada cousin kita yang lelaki tu juga seorang haji you all. Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar walaupun mengambil masa agak lama disebabkan perbezaan kaum dan agama. Tapi semuanya dalam keadaan aman damai, toleransi dan tolak ansur. Well, 1 sabah lah kata kan :)) Welcome to our family Lyn. Insya Allah dia akan belajar tentang Islam secara perlahan-lahan.


The other day, me sudah bersiap untuk ke majlis pernikahan cousin lagi 1. Hanya me wakil ke sana because mama n bapa pergi majlis kahwin yang lain lagi. Sorry to say, me memang suka bergambar sendiri kalau me rasa me cantik. *cough-cough* (normal kut, ladies-ladies)ngee... 

Me sampai awal la pula, so sempat la menyemak dekat bilik bakal pengantin, amek aura sikit-sikit kan :D seronok tengok bakal pengantin ni mempersiapkan diri untuk diijab kabul. Dari proses lukis inai ke mekap ke persalinan. Me pun terikut-ikut gemuruh dan excited.ngee...

Ya Allah ya Tuhanku, this is my hand. Me pun ikut-ikut minta lukis inai di tangan! Ngahaha... First time dapat tengok orang lukis inai free hand macam ni. Best. Kagum. Cantik.

Me and Jaja yang sedang berdebar-debar menanti beberapa minit untuk bergelar isteri. Alhamdulillah sekali lafaz laki kau Jah :)

Di hari persandingan si Jaja :) Semoga berbahagia sehingga ke syurga. Amin.


*Entah la majlis kahwin saya sendiri nanti macamana, ahahaha!!

Thursday 31 May 2012

Kursus Pra-Kahwin



Assalamualaikum… Today 29 Mei 2012, saya telah berjaya mendapatkan Sijil Lulus Kursus Pra-Perkahwinan. Maknanya saya telah menyelesaikan satu lagi syarat untuk ke gerbang perkahwinan. Chewah macam lain ja bunyi… Yang pergi kursus awal-awal ni pun atas desakan my Awang. Erm at least, tidak kelam kabut di kemudian hari kan. Hehe.
Sepanjang kursus tu berlangsung selama 2 hari, memang benar lah terbuka minda tentang kehidupan sebenar selepas berumahtangga. Bukan calang-calang ilmu kena tahu untuk mempertahankan kebahagiaan sesebuah rumahtangga sepanjang hayat. Semua itu didedahkan semasa kursus. Setiap slot ceramah yang disampaikan memberi manfaat yang sangat berguna kerana ia menyentuh dari aspek akidah, akhlak, ibadah, pengurusan masa, kewangan, konflik, stress, dan sebagainya. Kena lagi penceramah yang dijemput ni banyak humor, alahai bestnya… Kurang lah sikit mengantuk dan bosan :D

Peneman kala sleepy

Tapi yang bestnya, saya juga terberkenalan dengan beberapa peserta kursus yang mempunyai cerita yang tersendiri. Kalau macam saya, sudah jadi perkara biasa menyertai kursus ini seperti alasan kebanyakan orang. Nothing much to share. But saya berminat untuk share cerita orang lain pula. Hohoho. Rata-rata kebanyakan peserta perempuan kursus adalah dalam lingkungan umur 17 sehingga awal 20-an. Saya pun tidak la tua sangat kot… And masing-masing datang dengan pasangan. Saya pula datang forever alone. Hihi. mau buat macamana, my Awang sudah awal-awal ambil kursus pra-perkahwinan ni. Nampak, semangatnya mau kahwin :D Gurau!
Seorang kenalan baru yang saya panggil Siti duduk semeja dengan saya sepanjang kursus. Alahai kiut-kiut kecil molek orangnya. Siti pun baru habis SPM tahun lalu. Result SPM keluar ja terus dia bertunang dengan pilihannya. Tunangnya pun datang sekali kursus tu dan rupanya tunang si Siti ni baru masuk Islam 2 minggu. Alhamdulillah…
Ada juga peserta kursus yang hadir tidak memakai tudung. Aisah namanya, muka macam cina tapi rupanya Aisah memang berbangsa cina. Haha. Cerita punya cerita punya friendly, Aisah pun saudara baru juga. Nama asal Celestina baru 1 tahun convert muslim. Alhamdulillah. Lagi memeranjatkan lagi, sebenarnya saya memang agak terperanjat, Aisah ketika itu sedang pregnant 3 bulan! Eh, napa baru ambil kurus pra-kawin ni? Tapi tidak berani pula saya tanya lebih-lebih. Kuikuikui. Pendiam sungguh la anak cina ni. Saya punya main gelak bila penceramah tu buat lawak di depan, boleh pula si Aisah ni senyum sumbing ja. Lagi tambah geli isi perut saya. I mean, it look cute actually. Hihi. Rupanya peserta kursus bersama saya kali ini ada 3 orang lagi yang sedang pregnant. Ada yang sudah kahwin pun. Macam-macam.
Seorang lagi kenalan baru yang saya panggil Ain. Ini pun best juga ceritanya. Ain seorang yang peramah dan ciri-ciri wanita ayu memang terserlah gittew. Ain belum pernah berjumpa dengan tunangnya sebelum bertunang. Hah jangan terkejut, zaman sekarang ni pun masih ada parent yang menentukan jodoh untuk anak. Siap agak mengenang airmata di kelopak matanya tika bercerita. Namun, dia seorang yang positif sebab lelaki pilihan parent dia ni seorang yang bermotivasi dan berwawasan. Hehe, saya doakan semoga kebahagiaan sentiasa bersama mereka. Amin.

Me and Ain. Paling bercerita sepanjang kursus yah

Yang penting, sijil lulus kursus Pra-Perkahwinan sudah berada dalam genggaman. Sekarang ni, kena fikir perkara yang seterusnya untuk ke gerbang perkahwinan yakni membajet! Fulus kena cukup kalau mau kawen. Semoga semuanya sentiasa bejalan lancar dan diredhai.

Wednesday 23 May 2012

Mood Jiwang

  Assalamualaikum pembuka bicara, dari hati yang sedang lara, apa khabar dirimu di sana, terbayang-bayang saat berdua, berkongsi duka dan dan cerita gembira, janji-janji yang perlu dikota, aku menanti saatnya tiba, kau dan aku akan bersama, walaupun kini jauh di mata, sentiasa merindu padamu kanda, semoga dirimu begitu juga, inilah cinta kita cara kita.

Motif gambar?? Erm..nothing xD

Alahai lahhhh…. I tengah berjiwang ni xD
Pernah orang sekeliling bertanya, “kamu okei ka juga jarang berjumpa, jarang dating…” Whadda problem? Yeah, very the susah mau jumpa. Macam la berjauhan beribu batu kan, padahal dipisahkan oleh gunung Kimanis jew.hewhewhew~ TAKDA MASALAH..TAKDA MASALAH.. INSYA ALLAH TAKDA MASALAH J

Yang itu tidak apa lagi, seorang teman pernah bertanya yang lebih worst gittew tau.. Tapi sebelum tu, kitorang sembang-sembang kosong la. Then dia dapat tau our chinta tinggal jauh and jarang jumpa (sebulan sekali pun payah dowh!), on the spot berkerut seribu seratus sebelas dahinya..! Terkejut betul dia yah. Terus teman tu genggam my tangan and say “Geng, tidak boleh tu kau kasi biar berjauhan. Sooner or later, hubungan kamu tidak kemana. Please la, kau kena paksa dia untuk jumpa selalu…bla..bla..bla…” She talked too much-much, but wah menyimpang betul pandangan kami.hihi~ But I respect her because dia talked too much-much pun based on her experience of marriage. Alkisahnya itu jodohnya setakat disitu sayang.

Just ambil yang positif la. Berapa ramai pasangan lain yang jauh beribu-ribu batu pun, still juga cinta kasih sampai ke syurga. We should thanks to technology! Sekarang bukan zaman kirim surat cinta 2-3 minggu baru sampai. Boleh update setiap masa kalau mahu kan… Semuanya dari hati dan niat untuk mempertahankan sebuah perhubungan jarak jauh. Insya Allah kalau memang dia jodohnya yang sudah termaktub dalam la mahfuz, tidak akan kemana. Berdoa sentiasa semoga diteguhkan hatinya untuk sentiasa merindui. Dari rindu, wujudnya rasa sayang yang semakin menebal.hehehe….. Jiwang ko nyah memalam ni.. Okei tidur!

~~ maylaffoyu ~~

Monday 14 May 2012

My Mary Kay


Assalamualaikum. Entri kali ini mau cerita pasal Mary Kay. Hoh, apa tu? OK, ia merupakan sebuah syarikat produk kecantikan yang mempunyai strategi tersendiri dalam memperkenalkan produknya. Sangat menarik u’ol. Saya sendiri memasuki dunia Mary Kay kerana saya merupakan seorang Happy Customer Mary kay selama 2 tahun sebelum join la. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan ada saja yang mau di’order’. Saya sangat setuju, produk ini sesuai dengan semua jenis kulit and masalah-masalah kulit muka. Then, I’m thinking “baik saya join”.hehe..

SO dengan berbekalkan RM180 for registration, saya dapat starter kit yang bernilai RM400++ termasuk beg cantik, beberapa produk, sample produk, business tools… *mak aiii, banyak kan!! Secara automatiknya saya telah menjadi Perunding Kecantikan Mary Kay di bawah Unit Auntie Aida. Terbaikk la Auntie :D Tapi kena ada ilmu di dada. As a New Beauty Consultant, saya harus attend kursus ESRS (Essential Step to Reach Success) selama dua hari. Kalau mau diceritakan betapa payahnya saya ingin mendaftarkan kursus tu di saat akhir *syukur ada Auntie Aida tolong*, dengan sesat lagi di Alam Mesra Kota Kinabalu tu *boleh-boleh uncle teksi tu kasi turun sembarangan, terpaksa saya menapak cari sendiri Mary Kay Centre tu tau. Kesian sungguh T_T*
Semasa kursus ESRS di KKTC, Alam Mesra

Maka, hadirlah saya di Kursus ESRS tu pada 17-18 November 2011. OK sepanjang kursus tu semua peserta diajar segala-galanya tentang Mary Kay termasuk Company Philosophy, Career Path, Goal Settings, Make-Up Skills, Selling Tips, Analysing Skin, Produk Knowledge, Business Management dan banyak lagi lah. Paling saya berminat dalam sesi pengenalan produk. Macam-macam la bah ditanya. Yalah, sebagai BC kena lah tau semua.. Dalam kursus tu peserta semua adalah sporting belaka, very friendly and nice. Mantops you girls, semua cantik-cantik semangat-semangat.
Pada hari kedua dan terakhir kursus tu, it is a graduation day.hihi~ Kitorang dapat sijil and pin ESRS yang melayakkan kitorang jadi Perunding Kecantikan Mary Kay. Dan yang paling best, kitorang dapat lagi baucer pembelian produk RM200. Fuhhhh!! Kena terus kekal aktif untuk mendapatkan lebih banyak produk percuma. Saya sendiri menjalankan bisnes ni secara part time dan Alhamdulillah, setakat ini masyukkkkk! Dan sememangnya saya aktif untuk kegunaan saya sendiri juga.hahahahahaha…

Lemme’ share my experience making SkinCare class – apa lagi kawan-kawan terdekat lah jadi mangsa. Memang seronok dapat share ilmu kecantikan dengan girly-girly :D then, seakan pakar pula rasanya bila dapat menganalisis jenis kulit muka and mengesyorkan formula produk mana yang sesuai. Baru perlahan-lahan saya memulakan langkah menganjurkan SkinCare Class kepada orang lain. DAN SkinCare Class saya yang pertama sahaja saya sudah dapat membuat pembelian sebanyaak RM600++. Syukur!
One of my SkinCare Class ^^

Then siapa-siapa yang berminat tentang Mary Kay, mau buat SkinCare Class ka (FREE FACIAL), mau join bisnes ka, mau order produk ka, mau tanya-tanya saja ka, kindly contact me J

Saturday 28 April 2012

Gunung Kinabalu Telah KuTawan

Salam.

 YESS..! Memang telah lama menjadi impian saya untuk mendaki Gunung Kinabalu. Hell ya, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.hihi...
 Dan akhirnya dengan penuh rasa bangga di hati, saya telah mencapai impian tersebut pada 15 April 2012. Thanks to my bestfriend yang invite me join their group (cis, group bro-in-law saya juga rupanya :p). Seramai 18 orang dalam group tu, then pecah kepada dua group lagi. Of course la saya follow group my bro-in-law and close friends. Hehe baru seronok kannn.
Dipendekkan cerita, saya telah meng'confirm'kan penyertaan pendakian pada bulan November 2011. So, my sister sudah warning sedia supaya get enough training (at least) 2 months before climbing. Dengar kata mau naik Gunung Kinabalu ni kena FIT fizikal dan mental. (And yes, sangat Betul!)  
Sepatutnya saya ada cukup masa untuk training, jogging, and so on...dan sikap malas saya untuk bersenam menyebabnya saya redha saja la setakat mana yang mampu time mendaki nanti.huhu...

Alkisahnya.......

15 Apr. 2012 :: Kami bertolak dari Kota Kinabalu pada jam 5.15 pagi. Memang kena awal sebab takut kemalaman pula nanti sampai Laban Rata. (Sudahlah tiada training kann...) Memang semangat giler. Dekat-dekat Pekan Nabalu tu, Mr. Lidin (our driver) berhenti tepi jalan to show us the lautan awan. So much cantik! View macam ni hanya boleh nampak dalam jam 6-7 pagi ja. Jangan harap boleh nampak lautan awan macam tu kalau sudah lepas jam. Bertuahnya kami.eheee...
Then, kami singgah di Pekan Nabalu untuk breakfast.

Dalam jam 8 lebih macam tu, kami sampai di Kinabalu Park. Bayar tiket masuk RM3 seorang. Sementara our tour guide a.k.a my bro-in-law uruskan registration mendapatkan pas mendaki dan mountain guide, kami main klik-klik la di situ. 
Sudah register, kami diberi pek lunch untuk bekalan makan semasa mendaki

Timpohon Gate. The starting point, dimana pendakian akan bermula di sini. Tidak perlu pakai sweatar (walaupun sejuk sudah) sebab kita akan rasa panas dan berpeluh semasa mendaki.
*Tips: Tidak perlu la bawa beg besar/berat sangat. Bawa keperluan penting ja seperti baju panas, baju hujan, baju spare (sepasang cukup ah), head lamp, glove dll. Beg yang berat akan membebankan, memenatkan, menghabiskan tenaga semasa mendaki. Oh, ada juga lah porter yang boleh membawa beg kita sampai ke atas. Tapi bayar woo RM8 untuk 1kilo.
I prefer bawa beg sendiri. Beg I paling kecil and padat okeh. Hehe.
9.10 pagi kami mula mendaki.

Sebenarnya tidak banyak boleh dibuat semasa mendaki. Just naikkkkkkkk terusssss..! Tidak boleh juga bercakap banyak. Because bercakap pun kena guna tenaga juga. Sayang itu tenaga.hehe! 
Di awal pendakian, rasa smooth ja. Sekali sampai di 1.0km, saya sudah merasa penat. My kaki mula goyang. Perjalanan saya semakin perlahan.
Sampai di 2.0km, saya sudah diserang Altitude Mountain Sickness! Saya semakin slow, sudah makin terasa kesukaran bernafas. Time ni saya paling ketinggalan di belakang. (That's why training itu penting!!!ish...) Tapi saya teruskan juga. Slow and steadyyyyyyyy.
*Altitude Mountain Sickness - sesak nafas, pening, loya, lemah.
Saya mendapat semangat baru bila nampak sign 2.5km. Kenapa??hehehe... Percubaan pendakian saya yang pertama pada tahun 2007, saya sampai di 2.0km saja. Tapi time tu saya saya tidak mampu teruskan, saya turun.hukhukhuk.. Maknanya kali ini saya telah memecahkan rekod lama. Hahahahaha..
*Tips: Semasa mendaki, kita akan cepat kehilangan tenaga. So, bawa la makanan yang boleh memberi tenaga macam coklat-coklat, kismis, dan sebagainya. Sambil mendaki, sambil makan.  

Selepas berehat seketika (balik-balik berehat!) last-last saya mula mendapat rentak pendakian yang selesa dan pernafasan yang betul. Ambil nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut. Tidak boleh rush sangat naik, kena melangkah slow and steadyyyyy.. Biar lah lambat, yang penting tidak sesak.haha.
Rasanya mendaki tu tidak memenatkan sangat. Yang paling bikin penat adalah kesukaran bernafas. Rasanya lah.......
Mungkin bagi pencinta-pencinta alam, perjalanan sepanjang pendakian tu amat menyeronokkkan kerana banyak tumbuhan yang indah. Bagi saya, tidak boleh fokus sudah. Dalam kepala, cuma ingin segera sampai ke Laban Rata.
*Tips: Jangan berehat terlalu lama di satu-satu tempat sebab badan akan cepat rasa sejuk. Bila sudah mula rasa sejuk, adalah semakin sukar untuk bergerak meneruskan pendakian. Penggunaan tongkat/stick adalah sangat-sangat-sangat-sangat menbantu!

Saya jumpa bermacam-macam jenis kecuraman Gunung Kinabalu. Paling teruk jalan dia adalah selepas 4.0km. Adadahhh!! Sudahlah tidak rata, tinggi-tinggi lagi tu. Maklumlah, batu-batuan sudah di area situ. Jangan lah mau give up. Sikit lagi tu mau sampai.
Sepanjang jalan tu ada 7 buah pondok rehat. So, tidak perlu risau tentang bekalan air sebab setiap hentian tu ada air minum. Boleh refill botol air. That's why tidak perlu bawa botol air yang besar dan berat.

Jam 3.00 petang, saya sampai ke Laban Rata RestHouse. Yahuuuu...! Not bad la bagi orang yang tiada training macam saya :D My group members yang lain, sudah bersenang-lenang di situ. Sabar saja lah!
Tapi mau bagi kreadit juga la dengan my tunang. Dia memberi saya semangat sepanjang pendakian. "Go Jiera..Go Jiera.." di situ yah. Saya lambat, dia pun lambat sebab menunggu walaupun sebenarnya dia mampu sampai lebih awal.
Serius, penat dan lapar! Dan sejuk..! Kami stay di Laban Rata RestHouse sambil tunggu masa buffet dinner pukul 4 petang. Lepas makan and rehat sebenar, baru la rasa sehat kembali. 

Pemandangan dari Laban Rata RestHouse. Syukur Alhamdulillah cuaca sepanjang hari itu pun sangat baik. Kini kita berada di atas awan yah.hehe.

Lepas makan, kami kena naik lagi dalam 100meter untuk ke tempat penginapan. Adeh! Menaiki 100meter di tempat yang sejuk dan kurang oksigen adalah sangat memenatkan. Sikit lagi... Sikit lagi...

Gunting Lagadan Hut, kami menginap disini. Recharge energy untuk pendakian ke puncak awal pagi esoknya. Sejuk sangatttt! Sweater dua lapis, blanket 2 lapis, stokin dan glove bawa tidur, masih sejuk okeh! 

16 Apr. 2012 :: Kesejukan yang melampau membuatkan saya tidak berapa nak tidur. Jam 2.15 pagi, kami mula bertolak ke puncak. Dari sini ke puncak ada 2.72km lagi. 
Turun ke Laban Rata RestHouse untuk breakfast, saya rasa tidak mampu. Rasa jauh ja tu 100meter. Oleh itu, saya cuma makan bread yang semalamnya sebagai isi perut dan sumber tenaga ke puncak.huhu....

Berjalan waktu gelap (Syukur ada head lamp), laluan batu yang licin dan terpaksa memegang tali yang tersedia. Saya tidak sangka, jalan ke puncak seteruk itu. Dengan memegang prinsip slow and steadyyyyy, sampai juga ke puncak. Agak mengecewakan di situ, saya sampai puncak pada jam 6.20 pagi. Aduh!! Terang sudah....paling lambat.hukhukhuk. Tapi tidak apa =) 
*Tips: Jangan lupa bawa lips balm. Bibir mengering siott. Pakai contact lens pun tidak boleh!

Low's Peak.
The best moment kali ini adalah dapat mendaki bersama orang tersayang. Amboi..!

Beberapa pemandangan batu-batuan di puncak Gunung Kinabalu. 
Actually, saya gayat sepanjang berada di sini. Banyakkk gaung yang tidak kelihatan lantainya.ahaaa... 

Allahu Akhbar! Maha indah ciptaanNya. Kalau diperhatikan, setiap batu-batu yang terbentuk di sini seakan menyerupai sesuatu. Allahualam... (macam-macam bentuk ni...)
Mountain guide tu cakap, tidak boleh berlama-lama di sini sebab keadaan yang sangat-sangat sejuk boleh memudaratkan diri sendiri. Silap-silap boleh beku di sini.haha.

Lepas breakfast di Laban Rata Resthouse, turun gunung perlahan-lahan yang sememangnya menyakitkan kaki.
*Tips: Bergerak turun laju-laju :D

Mission Accomplised! Berjaya...! Alhamdulillah.

Sampai di Kinabalu Park, terus boleh claim sijil. Cantik sijil dia, berwarna-warni. Rupanya kalau tidak sampai di Low's Peak tu, sijil dia hitam putih ja. Kalau langsung tidak sampai ke puncak, sorry la nak dapat sijil ya. Yang penting, keletihan dan kesakitan ini berbaloi dan kepuasan ini amat membahagiakan.hehehe.

Wassalam.

p/s: Seminggu selepas kejadian ini, baru la hilang rasa sakit kaki. Sengsaranya nampak tangga.

Thursday 12 April 2012

Johor-Singapura-Melaka

 Hola, siapa-siapa pun anda.. Macam biasa lah, diriku mengambil masa yang lama untuk update blog. Malas mau cerita kenapa..ngggiiiuuung!! Hehehe, kali ini mau kongsi the sharing is caring pasal pengalaman saya menjejak kaki ke tanah Johor-Singapura-Melaka. Kami, Jalan-Jalan Cari Pasal The Group kesana pada 2-5 Mac 2012. Seramai 8 orang kami tu dari Sabah Tanah Airku. Ahaaa... What can I say is, me enjoy sangattttt! Em, ok la... Let's the picture menceritakan segala. Chekidauttt..... :) 

 Day 1 :: 2hb. Mac 2012, penerbangan ke Johor Bahru. Segalanya bermula di sini. All the group members berkumpul di KKIA. Pastu, baru mau planning where to go, where to go... :D

 Kira-kira dalam jam 2 lebih gitew la, Alhamdulillah sampai at here.. Sangat bernasib baik, seorang member tu ada relative di sini. Ada la juga kenderaan menjemput di airport. Sebab, all the kami semua pun first time jejak kaki at here..ahaaaa 

 Yeahh.. First destination, kakak tu bawa jenjalan di bandar Kota Tinggi, Johor. Menariknya disini, tu haa...kain bertimbun. Boleh dikatakan syurga kain/tudung/baju kurung at here. Murah-murah2 lagi tu. Kalau Kota Kinabalu ada Segama and Sinsuran, di sini lagi meriah banyaknya. Rambang mata okei. Macam mau borong ja tudung-tudung di sini. Mujur masih waras :D

 Lepas tu, singgah makan malam di rumah kakak tu di Kulai, Johor. Asam pedas yoo. Then, perjalanan diteruskan ke Johor Bahru. Hari tu juga sampai Danga Bay. Tapi macam tempat tu under renovation pula.

Haha tu deaa.. Alang-alang sudah sampai kan, buat saja la apa-apa yang boleh di buat. Lucunya, kitorang sempat naik train ja keliling Danga Bay. Erkk, keliling lah sangat..LOL

 Day 2 :: 3hb. Mac 2012 Our breakfast!!!! Ini la bah yang jadi kerinduan. 4 hari stay sana, 4 hari juga layan nasi lemak sedap ni. :))

 JB Central, ready mau ke Singapura. Kabak-kabak jantung semua. Takut tidak lepas imigresen :D Akhirnya lepas juga. 2 orang tidak dapat join time ni, but member tu ada member lagi memang orang sana join sekaki memeriahkan lagi journey. Amboi, journey gitew kannn...

 Here we are!!! HAHAHA..excited bagai nak rakkk di situ!! I'm at Universal Studios Singapore!! Memang berbaloi-baloi beli tiket mahal tu USD74 beb. Cuba convert pegi RM.

 Wa cakap lu, PUAS HATI OKEH. Haa, pic ni baru area Hollywood. Banyak lah bah klon watak-watak Hollywood at here. Tiada masa ja mau layan semuamuamua...cheh!

Masuk negara Madagascar!! :)) Keminatan betul saya dengan katun ni masa dulu-dulu. Kami ikut satu perahu tu, masuk dunia Madagascar yang penuh suspen di dalam. Meet all the character of Madagascar. Best! :D

 Far Far Away!! Cantik kan? Palace? At here, we meet Mr. and Mrs. Shrek. And the donkey too... We Enjoying 4D inside, terasa sungguh labah-labah menyerang kaki and and and air liuqq si Donkey. Yuckk..! Best :))

 Next, sampai basah lecun experienced Jurassic Park. Kami naik bot kuning tu, masuk hutan, yang ada dinasour kiri kanan yang main sembur-sembur air. Nasib bukan api! :DD Then, laluan airnya tu liku-liku-liku-juram. Bayangkan saja kalau boat tu terbalik. Best ah!!

 The Mummy Revenge! Tidak sempat masuk sebab have to wait an hour lagi. Tidak cukup masa T_T Water World pun we missed out! Harap lah boleh datang lagi kesini.kakakah...

 Roller Coaster!! Teringin mau naik :( memandangkan time tu, diriku mula dilanda demam (kejutan berjalan kot) makin pening tengok benda tu berlingkar-lingkar. Serius, jeles tengok member lain naik.

YEAH!! Waiting For This!! TRANSFORMER RIDE!! BEST GILA, WA CAKAP LU...!!! NAMPAK NI TULISAN FON BESAR. TERBAIKKKKK!! OMG, rasa betul-betul jadi Transformer. Yang sakit jantung, nazak dah disitu. Kalau mengandung, terberanak dah disitu. You have no idea, kitorang tunggu rasa berjam-jam mau ride. Sangat Best!!!!!!!

Last part yang sempat, we go to the New York City!! Jumpa Steven Spilberg and menonton pembikinan filem oleh beliau. Then, ada kereta berhias lagi. Tidak sempat juga :)

 Sebelum meninggalkan Singapore, sempat juga singgah at Bugis Street yang terkenal tu. Best la di sana. Banyak barang-barang murah. Then, kitorang balik guna MRT. Good Bye and So Long Singapore :)

 Day 3 :: 4hb. Mac 2012 A day trip to Melaka pula :) Kebetulan dapat naik bas dengan seat VIP, boleh lah rehat dengan tenang lepas semalamnya di Singapore. Perjalanan JB ke Melaka ambil masa 3 jam. Cukup kot rehatnya. Emm, tidak sah pergi Melaka kalau tidak naik beca kan.hehe...

Itu dia, kebanggan Kota Melaka Bandaraya Bersejarah. Kota A'Famosa :)

 My posing dengan pemandangan Kota Melaka. Ahakz!minta puji..

 Secebis kenangan di Kota Bersejarah ini :)

 Okei, first time in my life me jumpa Burger Ice-Cream. Sedap! Mungkin juga kerana cuaca time tu agak panas, asal ais pun rasa sedap. Tapi sekarang teringin pula mau makan lagi. Ada ka tu di Sabah?hehe... Then, Cendol Durian. Wahh, beravohh bebeh, nyaman banget! Memang patut pun ianya terkenal serata malaya.

 Walking street :)

Whoaa... Menara Taming Sari :) Dari sini, benda tu naik setinggi *erk, lupa*, tinggi juga lah. So, atas tu boleh nampak whole Bandar Melaka. Best, gayat :p

Day 4 :: 5hb. Mac 2012, our last destination before last kopek ke Senai Airport. Johor Premium Outlets. Baru juga tempat ni, sempat lagi pemandu teksi tu bawa sesat-sesat. Apa yang bestnya tempat ni, barang-barang branded semuanya mampu dibeli.hahahahaha..... Cubalah ada di Sabah begini.