Pages

Tuesday, 5 April 2016

Beranak Hospital Swasta vs Hospital Kerajaan

Tup-tup sudah dua anak. Haha. Macam ada yang kisah pula kan.
Saja mau coretkan pengalaman beranak di sini. Very miracle experience in the world pula tu kan.
Sebab aku dah rasa beranak di hospital swasta dan hospital kerajaan. Let's see the differences. Err, not much differences la juga sebenarnya.
Yang anak first tu lahir di hospital swasta. Dari embrio berusia 5 minggu, sudah mula berklinik di swasta. Anak first. Excited! At the same time, berklinik juga di KKIA.
Alahan? Teruk! Aku nangis. Tapi kandungan masuk 5 bulan, ok dah.
Dijadikan cerita, aku gagal ujian gula semasa mengandung dan disahkan GDM iaitu kencing manis semasa mengandung. Both doctor Sutha from Rafflesia Medical Centre and doctor dari KKIA sarankan tidak boleh overdue delivery. Means, kalau belum beranak juga sebelum due date, kena induce. Kena paksa beranak!
Takut? Hah! Only momma-to-be know that feeling.
Seminggu sebelum due, masih belum ada tanda apa-apa pun akan beranak. Aku masih lagi steady drive ulang-alik Bongawan-Beaufort ke tempat kerja. Masih steady naik turun tangga di tempat kerja.
5 days before due date, we laki-bini decided to stay at Putatan, tempat kakak aku. Just in case mau terberanak, dekat sikit run to RMC. Sudah bayar kot.
Aktiviti dalam 5 hari itu adalah jalan-jalan di taman, makan puas-puas, ikut laki pergi gym, naik turun tangga shopping mall. Dengan harapan cepat lah beranak tanpa induce. Doktor sendiri cakap sakit kena induce berbanding beranak biasa. Yang beranak biasa pun sudah ter-imagine sakitnya yang entah dapat tampung atau tidak, inikan pula lagi kalau kena induce.
Namun, tiada juga tanda-tanda sakit mau beranak sampai due date on 21st May 2014. Rasa macam sakit senguggut sikit ja yang tidak mengancam sangat. 
Tepaksa pasrah serah diri di RMC untuk dipaksa beranak.
Awal pagi sudah get ready, breakfast kedai mamak makan nasi lemak. Dengar-dengar bila masuk labour room, tidak boleh makan sudah. Ok, aku mau prepare energy. Tup-tup habis makan and on the way ke kereta, aku muntah segala-gala yang baru di lahap. Nervous dia, aku nangis dalam hati. Tidak mau tunjuk pada laki yang sudah sungguh-sungguh bagi semangat.
Nurse RMC pun sudah call suruh datang. Seakan-akan, "come Jiera come. Induce. Induce. Hahaha!" 
Dalam jam 8.30am sampai ja di RMC, register, terus nurse suruh tukar baju. Terus kena suruh masuk labour room. Yang laki terkulai-kulai di luar. Nurse tanya kalau aku ada rasa tanda-tanda mau beranak. I said nothing at all. Then nurse cakap, mau tidak mau kena induce juga lah. Aku redha.
Nurse seluk check bukaan. Nurse terkejut. Nurse cakap hampir 5cm sudah. Nurse berkerut and tanya lagi kalau-kalau aku ada rasa sakit. Aku terkejut binggung. Aku cakap, "ttiiaaddda". 
Then, kena tunggu doktor Sutha for next action. Dr. Sutha came. Seluk bukaan. Same action and same dialog with the nurse earlier. Good news, no need induce! Yehaa!
Dr. Sutha kasi pecah ketuban. Cucuk something dalam lubang taik. Then, kena suruh pergi tandas, berak berabis. Perut tiba-tiba mula rasa sakit. I guess it is contraction. 2 kali nurse ketuk pintu tandas. Takut aku terberanak dalam tandas.
Selesai buang segala dan bertenang dalam tandas, aku baring. Segala macam alat mesin dipasang pada perut. Katanya untuk dengar heartbeat baby. Ada juga monitor yang aku rasa untuk detect contraction. Sebab dari nombor-nombor yang keluar tu seakan seiring dengan kesakitan yang aku alami. I guess lah. Bila nombor tu cecah 40-50, sakitttt!
That time, laki sudah berada di sebelah aku. Tidak putus-putus bagi support. Siap ajar cara meneran lagi. Swasta allow husband to accompany wife in labour room.
Dalam tempoh sakit tu, memang nurse bagi tinggal sampai aku rasa sakit yang paling tidak mampu bertahan sudah.
Lebih kurang 30 minit lepas tu, tiba saat sakit yang memang paling teramat sampai rasa mau serender. Tekan bell. Tidak perasan monitor sudah time tu but laki cakap cecah nombor 80-90 juga. Nurse datang. Check bukaan. 8cm. Panggil doktor. Proses meneran bermula. 
Teran. Teran. Aku tidak pandai meneran. All the time sakit. But according to the monitor, nurse boleh assist bila masa yang ngam untuk teran. They all bagi galakan. "naa nampak sudah kepala dia. Kau mau rasa pakai tangan?" Selambanya doktor.
Apakah??! Tiada masa. Aku mau kasi keluar saja cepat-cepat.
Time tu juga bapa telefon laki minta tunjuk jalan ke RMC. Aku sepenuh tenaga meneran, dia "Ya ya.. Lepas trafic light... Bla bla... Masuk simpang... Bla bla bla..."
Nurse balik-balik tanya kalau-kalau aku perlukan penahan sakit. Masa tu aku rasa tiada masa mau diberi penahan sakit apa segala. Mindset, aku mau cepat berakhir sahaja kesakitan tu.
10.50 am. Anak selamat dikeluarkan selepas 8-9 kali teran rasanya. Itu pun lepas kena vacuum. Alhamdulillah.
Aku very lost energy. Nangis sedu-sedu. Doktor Sutha minta laki gunting tali pusat dan azankan baby. Siap remind laki jangan lupa selawat sebelum gunting tali pusat.
Proses membersihkan baki-baki darah dan menjahit. Korek jangan tak korek. Sambil jahit sambil dibawa bersembang. Sedar tidak sedar, aku tertidur. Penat. Bila nurse kasi bangun, rupanya sudah dipakaikan modes. Tinggal duduk saja di wheelchair untuk masuk wad.
Stay di wad 1 malam ditemani mama dan mama mentua. Aku direhatkan. Baby, nurse jaga. Tapi mama dan mama mentua request untuk jaga baby sendiri. 
Service terbaik. RM3000 lebih juga laki aku bayar bilnya.
Tembuni, sudah siap cuci bersih.

Yang anak second, aku beranak hospital kerajaan. Saja. Plan mau berpantang di rumah mama pula kali ni. So, malas mau jalan jauh-jauh lepas beranak nanti balik Keningau. Lagipun orang-orang cakap, hospital kerajaan pun sudah makin mantap. So mengapa bayar lebih? Hehe. 
Alahan? Teruk! Sama juga, nangis. Kandungan masuk 5 bulan, sudah ok sikit. 
Kes yang sama juga, kali ini pu. Aku gagal ujian gula dan disahkan GDM dan disarankan no overdue delivery.
5 hari sebelum due, aku ambil cuti dan balik Keningau. Aktiviti, tiada yang memberansangkan. Makan. Tidur. My expectation is sebab sepanjang mengandung aku sudah naik turun tingkat 3 setiap hari. Kadang-kadang sambil dukung my first baby lagi yang masa tu umur setahun++. So terberanak awal itu adalah, mungkin.
Sehingga sehari sebelum due iaitu 20 November 2015, masih belum ada tanda-tanda pun baby mau keluar. Hospital kerajaan minta serah diri ke hospital sehari sebelum due. 
Malam itu, aku admit hospital. Cek bukaan, belum ada. Oh my god! Doktor cakap, esok confirm induce.
I must do something! Aku squad. Asal terjaga malam tu, aku masuk tandas, squat. 10 kali. 20 kali. Mana yang larat. 
Namun mindset, kalau terpakas kena induce pun, aku pasrah saja.
21 November 2015, lebih kurang jam 8 pagi. Doktor datang memantau. Cek bukaan. Doktor menggeleng-geleng kepala. Fine.
Dalam diam aku teruskan squad. I'm not sure if the method is allowed at hospital. Biasalah, kan banyak pantang larang.
Then, sepanjang hari berjalan round-round wad. Penat, tidur. Bangun. Squad. Berjalan.
Lebih kurang jam 11 pagi, doktor datang pantau lagi. Kalau belum ada bukaan, petang tu induce. Doktor seluk. 3cm! Thanks Allah!
Tapi kalau tidak buka-buka besar juga sampai petang. Tetap kena induce juga.
Fine. Aku teruskan squat. Berjalan.
Jam 12 tengah hari, waktu melawat. Syukur hari itu kena hari Sabtu, waktu melawat panjang sampai ke malam. Laki aku temankan aku di wad.
Lebih kurang jam 2.30 petang, aku mula rasa tidak best. Contraction singgah sekali sekala. Aku berjalan ke kaunter nurse. Bercerita dengan diorang. Aku report sakit. Nurse cakap, masih boleh berjalan tu. Katanya, tidak boleh kerap seluk-seluk tau, takut jangkitan. Alahai, macam la aku suka sangat proses seluk-seluk tu tau. Kau rajin-rajin saja bergerak ya, dia bilang.
Ok fine. Nevermind. They do their job.
Lebih kurang jam 3, aku sudah tidak larat mau berjalan. Even melangkah 2-3 langkah dari katil, aku sudah rasa mau menangis.
Laki aku sudah tidak keruan. Aku suruh dia panggil nurse.
Nurse datang. Tarik tirai yang tutup katil tu. Seluk. Nurse panggil another nurse. "Ambil wheelchair, kita bawa dia ke labour room, mau beranak sudah ni!"
Nah, baru kamu tau! 
Kemain nervous laki aku. Haha.
Aku kena sorong masuk ke labour room. Kecil comel ja labour room dia. Muat-muat katil beranak, sofa kecil sebuah, and tandas. Another nurse take over. Seluk. "Em, 8cm sudah." 
Sakit. 
Hospital kerajaan tidak benarkan sesiapa temankan kita dalam labour room. Kau berjuang la seorang-seorang. Kecuali if laki uols ada ikut program father friendly. Laki aku manada join tu.
Nurse kasi pecah air ketuban. Then nurse kasi tinggal aku seorang dalam bilik. Hanya suruh panggil kalau rasa sakit yang teramat sudah.
Rasanya, lebih kurang 5 minit saja nurse kasi tinggal. Aku sudah rasa sakit mau mati.
Di hospital tu tiada pula mesin yang boleh detect contraction yang keluar nombor-nombor tu. Yang aku tau, sakit yang memang sakit yang tidak tertahan sudah.
Panggil nurse. " Aik, kau sakit terlampau sudah kah?"
Aku, "iya nurse. Iya!"
Seluk lagi. Nurse berkerut.
"Ok, sekarang kalau mau teran, teran saja. Aku sambut sudah ni"
OMG aku mau beranak sudah.
Yang aku tau rasa sakit berpanjangan. So aku main teran sesuka hati. Yang penting baby keluar cepat. Tapi salah. Kena ada kontrasi yang maksimum baru teran. 
Kalau ada mesin tu kan senang, nurse pun boleh agak bila contraction and suruh kita teran.
Alhamdulillah, 3.35 petang lahir dengan selamat dan sempurna puteri aku yang kedua. 
Aku sebak juga.
Dengan badan baby yang masih diselaputi lebihan air ketuban, nurse letak baby atas dada aku. Ya Allah! That feeling is soooo amazing!!
Nurse potong tali pusat baby. Baby masih atas dada aku. Nurse korek lebihan darah. Aku sudah tidak terasa sakit sangat. Korek lah.
Then, another nurse take my baby untuk dikasi bersih kemudian diazankan oleh laki aku.
Nurse yang tadi suntik peha. Katanya untuk kecutkan rahim. Aku rasa aku sudah kebal.
Then nurse spray tempat baby keluar tadi. Katanya bius untuk menjahit.
Nurse jahit yang lapisan dalam. Aku kebal. Then nurse inform mau jahit lapisan luar. Masya Allah. Part tu sakit! Amat terasa jarum dan benang tu dicucuk masuk dan ditarik keluar dari kulit. Huwaa!
Selesai.
Nurse kasi prepare salinan pakaian dan modes di atas sofa kecil. Siap tunjuk pintu tandas di mana. Ok, understand.
Tapi aku mau rehat sekejap. Penat dan masih sakit.
Tidak lama kemudian, nurse masuk lagi. "Aik, kau belum tukar lagi?"
Aku yang sakit dengan gagahnya turun katil, masuk tandas, bersihkan diri, tukar persalinan. All by myself.
Selesai. Aku mau rehat sekejap di sofa kecil itu.
Tidak lama, nurse masuk lagi bawa my baby and wheelchair. "Nah baby kau. Sekarang mari saya bawa kau naik ke wad. Baru kau boleh berehat."
Aku ditemani laki aku, anak pertama aku, keluarga aku dan keluarga mentua sampailah habis waktu melawat.
Malam tu masih kena tinggal di wad. Me and my baby. Tidak boleh ditemani oleh ahli keluarga.
By the way, layanan nurse and all service is very not bad okay. Berbaloi jug walaupun ada sakit sikit.
Tembuni, laki aku terima dalam keadaan yang masih berdarah. Belum dibersihkan.
Payment, free with guarentee letter from majikan. Hehe.
Oh ya, masih discharge from RMC, diorang ada bagi ubat tahan sakit. Discharge from hospital kerajaan, diorang bagi ubat tambah darah.
Okay, that is all. Thank you.