Pages

Monday, 6 February 2012

Di Penghujung musim buah


Holla.. anybody??hehe..
Rasanya lama sungguh x update blog
Rasanya saya la makhluk tuhan yang paling malas update blog
Rasanya my blog la yang paling buruk di dunia.
A~ha~ha~ha~ [ketawa yang macam cover malu]

X pa lah tu kan. Jiera x kisah J lalala.. Cuma mau ‘Sharing is Love’ my moment this weekend :D
Merujuk tajuk, sudah di agak la pasal durian kan. Itu pun sebab seorang teman ni yang perlukan sesuatu untuk saya ke Tenom, dan terniat dihatinya mau ikut (memang kuat merayau juga teman tu :P), maka ke Tenom la kami Sabtu yang panas itu. Kebetulan tempat yang dituju ialah tempat my aunty yang ada kebun durian yang agak besar juga la kaley kan.

Sebelum sampai ke rumah aunty, sempat juga menyinggah di Tamu Tenom yang kebetulan juga ada Pesta Buah berlangsung. Itu pun sampai Tenom baru tahu ada pesta ni, ahaa ketara la tidak ikut perkembangan semasa kan. And you know what, we sampai sana, habis sudah buah-buahan. And yang lawaknya, banyak buah yang dipijak-pijak. Habis bah tu rambutan, langsat, matakucing, manggis kena pijak-pijak. Huhuiii cubalah durian yang dorang pijak-pijak.kahkahkahhh… Yala, dengar-dengar pun memang makan free pesta tu. Waa bayangkan satu daerah Tenom (mungkin ada juga dari luar daerah datang kan) pergi makan buah free sana. Cemana la banyaknya buah yang dorang kasi sedia (o_0) itu pun, yang lain-lain kena pijak ja.naaaa…..

Anding in the house!! Eh, apa kaitan kan?haha.. Bukan apa, time ke Tamu tu jumpa lagi seorang teman yang memang orang Tenom lah. Kebetulan lagi di pesta tu ada penggambaran drama kena buat. Pelakonnya si Anding la :D [banyak pula kebetulan perjalanan kami ni tau] Teman kita ni pun rupanya sudah mula menapak ke bidang lakonan. Berlakon lagi dia sama Anding. Piwitt..kannn… Good Luck to her! J Sempat la juga take pictures sama Anding. He sooo nice, peramah and look-a-like ‘urang kita’. Walaupunnnnn… ;) Ok, memang langsung x termakan buah free time ni, mau join pijak buah pun rasanya x sanggup..

Myself, Ojen, Deeda and Anding for sure :)

Okei okei da panjang sangat rasanya, tapi belum sampai rumah aunty lagi. Cemana tu?? Haaa..sambung cerita :D so, perjalanan diteruskan lagi ke rumah aunty di Kg. Bamban, Tenom yang mengambil masa lebih kurang 20 minit dari pekan Tenom orang cakap. Tapi rasanya x sampai pun 20 minit pun saya drive ke sana :P [jaga..mula perasan pro..] Akhirnya selamat sampai juga ke rumah aunty. Okei, ada tersesat sekejap. Yala, first time drive sendiri ke sana :D Alhamdulillah… Dengam kurang rasa malunya, kami terus membuka 4-5 biji durian yang memang sudah tersedia di halaman rumahnya. Rasa x puas melahap, tukar heels kepada kasut getah aunty, terus masuk kebun sambil bawa buyung. Haaa… ambik ko, kebun berbukit!! Penat sehhh.. Dipendekkan cerita, kami lari sini sana pigi punggut durian jatuh. (macam ada ja yang mau pigi berebut ni) Best pula, sambil punggut, sambil buka durian, sambil makan-makan sampai separuh nafas. Sempat lagi tersesat dalam kebun (Saya sedang lucu sendiri :DD).. Rambutan langsat matakucing kena jelling-jeling ja. Lepas tu kan, sudah kumpul durian dari kebun tadi, angkut la bawa masuk kereta. Rupanya x muat dalam kereta mewah I, dapat bawa bawa separuh ja.ndapa lah.. hehe

yaaa..itu diaaa...melahap di tengah kebun! 

buka jangan x buka :D

Selesai segala urusan, barang penting pun sudah sumbat dalam kereta, durian pun sudah masuk kereta, perjalanan balik Keningau pun bermula J tertidur-tidur si kawan dalam perjalanan. Kepenatan letew.. Me pun penat taw! Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. 

Saturday, 7 January 2012

Mekap Oh Mekap



Minat? Ya, minat juga la :D…. So napa tidak diperkembangkan? Emm tiada bakat kali..haha apa-apa pun try saja la. Sudah bosan praktis conteng-conteng di muka sendiri, etudeaaaaa!!mangsa.. Si Rasmahdiah, adik sepupu ku yang berumur 15 tahun. Apa boleh buat, dia tiada pilihan saat tangan ku mulai gatal pegang segala koleksi kosmetik. Mukanya sudah muncung, tapi dia redha ja la.hihi.. Sebenarnya sudah second time mukanya jadi model untuk tukang mekap yang tidak berbakat ni. Dan yang first time aku mekapkan dia, hancur!!! :D sangat la tidak cantik. Bukan apa, praktis make perfect kan. Aku belajar pun dari buku-buku, youtube, web, etc..yang penting free. Gila kalau mau belajar mekap dengan yang pakar secara face to face, mau ribu-ribu ringgit wooo.. Hebat sungguh kalau ada bakat tu, sudah la boleh cantik, boleh kaya raya lagi..emmm… Kecantikan adalah keminatan ku, mencantikkan wanita lain adalah kemahuan ku (kalau lah saya mampu kan membantu wanita-wanita di luar sana untuk cantik..)



Ini lah hasilnya J masih banyak kekurangan di situ. Apa tidaknya atas paksaan untuk di mekap, dia bagi syarat sambil dia layan cerita Hindi di TV. ShahRukhKhan bah tu, bilangnya… 1 jam lebih juga masa yang di ambil mendapatkan posisi yang selesa masing-masing. Ya ya I know.. Then, aku namakan ini adalah mekap asas saja la.. Mula-mula ingatkan mau test power buat smokey eyes. Tapi payah ni, susah betul mau di suruh tutup mata. Sambil tengok TV pula aa… Biarlah biarlah, ada lagi next!ekekeke.. Bahagian kening memang teruk, I admit it. Tangan ni masih gagal untuk men’sharp’kan kening.huhuhu~

Kthxbye! <3