Pages

Sunday, 25 December 2011

Beloved grandma, My Odu.. R.I.P


Tersangat la terkejut bila saya dapat SMS and Called from sister, bapa, abang that night 16 Disember 2011. Sudah tidur lena pun jam 12 tengah malam tu. “Our beloved Odu sudah meninggal…” Ommo, sesak seketika nafas ku! Saya tau dia memang tengah sakit. Rasanya baru last month lalu saya melawat, she still look better, still recognize me, we talked…..  Time tu terasa sangat berita tu adalah ‘tiba-tiba’. Sedey dowh!

My energetic grandma, so much effort herself to speak melayu because kebanyakkan cucunya tidak pandai bertutur in dusun. At last, melayunya lurus juga sampai ke akhir nafas. Odu kesayangan, old lady yang sangat tabah, penuh dengan kehidupan tradisional in her 83years old life. Saya sentiasa ingat leteren Odu in melayu+dusun semasa tengah makan kalau tidak menghabiskan makanan.huhuhu… Mereka sentiasa akan ingat my Odu’s precious handcrafts, jasanya dalam mempertahankan budaya dusun Lobou sehingga ke hari ini, penghargaan Odu dalam sumbangannya memperkenalkan sukukaum minority sabah ini. Saya masih ingat satu keratan akhbar tentang kemahiran memintal benang menjadi kain, dan my Odu menjadi gambar utama!! Weeehuuuu I’m really proud of it! Ya, keratan itu telah di’frame’ cantik-cantik dan digantung di ruang utama at kampung J.. I wonder if any her grandchild mewarisi kemahiran itu L..



Kami akan sentiasa ingat bagaimana Odu memintal kapas menjadi benang yang sangat kukuh, menenun benang menjadi kain, menganyam tikar, barait, topi, etc…, Odu yang tidak pernah lekang dari sigup dan tinggat, Odu yang sangat suka bercerita dan sangat penyayang, Odu yang tidak pernah mahu menyusahkan orang lain dan sangat kuat bekerja. We all will always miss you L May her soul rest in peace! My Odu, Barigid binti Rampagas.

No comments:

Post a Comment