Pages

Saturday, 28 April 2012

Gunung Kinabalu Telah KuTawan

Salam.

 YESS..! Memang telah lama menjadi impian saya untuk mendaki Gunung Kinabalu. Hell ya, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.hihi...
 Dan akhirnya dengan penuh rasa bangga di hati, saya telah mencapai impian tersebut pada 15 April 2012. Thanks to my bestfriend yang invite me join their group (cis, group bro-in-law saya juga rupanya :p). Seramai 18 orang dalam group tu, then pecah kepada dua group lagi. Of course la saya follow group my bro-in-law and close friends. Hehe baru seronok kannn.
Dipendekkan cerita, saya telah meng'confirm'kan penyertaan pendakian pada bulan November 2011. So, my sister sudah warning sedia supaya get enough training (at least) 2 months before climbing. Dengar kata mau naik Gunung Kinabalu ni kena FIT fizikal dan mental. (And yes, sangat Betul!)  
Sepatutnya saya ada cukup masa untuk training, jogging, and so on...dan sikap malas saya untuk bersenam menyebabnya saya redha saja la setakat mana yang mampu time mendaki nanti.huhu...

Alkisahnya.......

15 Apr. 2012 :: Kami bertolak dari Kota Kinabalu pada jam 5.15 pagi. Memang kena awal sebab takut kemalaman pula nanti sampai Laban Rata. (Sudahlah tiada training kann...) Memang semangat giler. Dekat-dekat Pekan Nabalu tu, Mr. Lidin (our driver) berhenti tepi jalan to show us the lautan awan. So much cantik! View macam ni hanya boleh nampak dalam jam 6-7 pagi ja. Jangan harap boleh nampak lautan awan macam tu kalau sudah lepas jam. Bertuahnya kami.eheee...
Then, kami singgah di Pekan Nabalu untuk breakfast.

Dalam jam 8 lebih macam tu, kami sampai di Kinabalu Park. Bayar tiket masuk RM3 seorang. Sementara our tour guide a.k.a my bro-in-law uruskan registration mendapatkan pas mendaki dan mountain guide, kami main klik-klik la di situ. 
Sudah register, kami diberi pek lunch untuk bekalan makan semasa mendaki

Timpohon Gate. The starting point, dimana pendakian akan bermula di sini. Tidak perlu pakai sweatar (walaupun sejuk sudah) sebab kita akan rasa panas dan berpeluh semasa mendaki.
*Tips: Tidak perlu la bawa beg besar/berat sangat. Bawa keperluan penting ja seperti baju panas, baju hujan, baju spare (sepasang cukup ah), head lamp, glove dll. Beg yang berat akan membebankan, memenatkan, menghabiskan tenaga semasa mendaki. Oh, ada juga lah porter yang boleh membawa beg kita sampai ke atas. Tapi bayar woo RM8 untuk 1kilo.
I prefer bawa beg sendiri. Beg I paling kecil and padat okeh. Hehe.
9.10 pagi kami mula mendaki.

Sebenarnya tidak banyak boleh dibuat semasa mendaki. Just naikkkkkkkk terusssss..! Tidak boleh juga bercakap banyak. Because bercakap pun kena guna tenaga juga. Sayang itu tenaga.hehe! 
Di awal pendakian, rasa smooth ja. Sekali sampai di 1.0km, saya sudah merasa penat. My kaki mula goyang. Perjalanan saya semakin perlahan.
Sampai di 2.0km, saya sudah diserang Altitude Mountain Sickness! Saya semakin slow, sudah makin terasa kesukaran bernafas. Time ni saya paling ketinggalan di belakang. (That's why training itu penting!!!ish...) Tapi saya teruskan juga. Slow and steadyyyyyyyy.
*Altitude Mountain Sickness - sesak nafas, pening, loya, lemah.
Saya mendapat semangat baru bila nampak sign 2.5km. Kenapa??hehehe... Percubaan pendakian saya yang pertama pada tahun 2007, saya sampai di 2.0km saja. Tapi time tu saya saya tidak mampu teruskan, saya turun.hukhukhuk.. Maknanya kali ini saya telah memecahkan rekod lama. Hahahahaha..
*Tips: Semasa mendaki, kita akan cepat kehilangan tenaga. So, bawa la makanan yang boleh memberi tenaga macam coklat-coklat, kismis, dan sebagainya. Sambil mendaki, sambil makan.  

Selepas berehat seketika (balik-balik berehat!) last-last saya mula mendapat rentak pendakian yang selesa dan pernafasan yang betul. Ambil nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut. Tidak boleh rush sangat naik, kena melangkah slow and steadyyyyy.. Biar lah lambat, yang penting tidak sesak.haha.
Rasanya mendaki tu tidak memenatkan sangat. Yang paling bikin penat adalah kesukaran bernafas. Rasanya lah.......
Mungkin bagi pencinta-pencinta alam, perjalanan sepanjang pendakian tu amat menyeronokkkan kerana banyak tumbuhan yang indah. Bagi saya, tidak boleh fokus sudah. Dalam kepala, cuma ingin segera sampai ke Laban Rata.
*Tips: Jangan berehat terlalu lama di satu-satu tempat sebab badan akan cepat rasa sejuk. Bila sudah mula rasa sejuk, adalah semakin sukar untuk bergerak meneruskan pendakian. Penggunaan tongkat/stick adalah sangat-sangat-sangat-sangat menbantu!

Saya jumpa bermacam-macam jenis kecuraman Gunung Kinabalu. Paling teruk jalan dia adalah selepas 4.0km. Adadahhh!! Sudahlah tidak rata, tinggi-tinggi lagi tu. Maklumlah, batu-batuan sudah di area situ. Jangan lah mau give up. Sikit lagi tu mau sampai.
Sepanjang jalan tu ada 7 buah pondok rehat. So, tidak perlu risau tentang bekalan air sebab setiap hentian tu ada air minum. Boleh refill botol air. That's why tidak perlu bawa botol air yang besar dan berat.

Jam 3.00 petang, saya sampai ke Laban Rata RestHouse. Yahuuuu...! Not bad la bagi orang yang tiada training macam saya :D My group members yang lain, sudah bersenang-lenang di situ. Sabar saja lah!
Tapi mau bagi kreadit juga la dengan my tunang. Dia memberi saya semangat sepanjang pendakian. "Go Jiera..Go Jiera.." di situ yah. Saya lambat, dia pun lambat sebab menunggu walaupun sebenarnya dia mampu sampai lebih awal.
Serius, penat dan lapar! Dan sejuk..! Kami stay di Laban Rata RestHouse sambil tunggu masa buffet dinner pukul 4 petang. Lepas makan and rehat sebenar, baru la rasa sehat kembali. 

Pemandangan dari Laban Rata RestHouse. Syukur Alhamdulillah cuaca sepanjang hari itu pun sangat baik. Kini kita berada di atas awan yah.hehe.

Lepas makan, kami kena naik lagi dalam 100meter untuk ke tempat penginapan. Adeh! Menaiki 100meter di tempat yang sejuk dan kurang oksigen adalah sangat memenatkan. Sikit lagi... Sikit lagi...

Gunting Lagadan Hut, kami menginap disini. Recharge energy untuk pendakian ke puncak awal pagi esoknya. Sejuk sangatttt! Sweater dua lapis, blanket 2 lapis, stokin dan glove bawa tidur, masih sejuk okeh! 

16 Apr. 2012 :: Kesejukan yang melampau membuatkan saya tidak berapa nak tidur. Jam 2.15 pagi, kami mula bertolak ke puncak. Dari sini ke puncak ada 2.72km lagi. 
Turun ke Laban Rata RestHouse untuk breakfast, saya rasa tidak mampu. Rasa jauh ja tu 100meter. Oleh itu, saya cuma makan bread yang semalamnya sebagai isi perut dan sumber tenaga ke puncak.huhu....

Berjalan waktu gelap (Syukur ada head lamp), laluan batu yang licin dan terpaksa memegang tali yang tersedia. Saya tidak sangka, jalan ke puncak seteruk itu. Dengan memegang prinsip slow and steadyyyyy, sampai juga ke puncak. Agak mengecewakan di situ, saya sampai puncak pada jam 6.20 pagi. Aduh!! Terang sudah....paling lambat.hukhukhuk. Tapi tidak apa =) 
*Tips: Jangan lupa bawa lips balm. Bibir mengering siott. Pakai contact lens pun tidak boleh!

Low's Peak.
The best moment kali ini adalah dapat mendaki bersama orang tersayang. Amboi..!

Beberapa pemandangan batu-batuan di puncak Gunung Kinabalu. 
Actually, saya gayat sepanjang berada di sini. Banyakkk gaung yang tidak kelihatan lantainya.ahaaa... 

Allahu Akhbar! Maha indah ciptaanNya. Kalau diperhatikan, setiap batu-batu yang terbentuk di sini seakan menyerupai sesuatu. Allahualam... (macam-macam bentuk ni...)
Mountain guide tu cakap, tidak boleh berlama-lama di sini sebab keadaan yang sangat-sangat sejuk boleh memudaratkan diri sendiri. Silap-silap boleh beku di sini.haha.

Lepas breakfast di Laban Rata Resthouse, turun gunung perlahan-lahan yang sememangnya menyakitkan kaki.
*Tips: Bergerak turun laju-laju :D

Mission Accomplised! Berjaya...! Alhamdulillah.

Sampai di Kinabalu Park, terus boleh claim sijil. Cantik sijil dia, berwarna-warni. Rupanya kalau tidak sampai di Low's Peak tu, sijil dia hitam putih ja. Kalau langsung tidak sampai ke puncak, sorry la nak dapat sijil ya. Yang penting, keletihan dan kesakitan ini berbaloi dan kepuasan ini amat membahagiakan.hehehe.

Wassalam.

p/s: Seminggu selepas kejadian ini, baru la hilang rasa sakit kaki. Sengsaranya nampak tangga.

Thursday, 12 April 2012

Johor-Singapura-Melaka

 Hola, siapa-siapa pun anda.. Macam biasa lah, diriku mengambil masa yang lama untuk update blog. Malas mau cerita kenapa..ngggiiiuuung!! Hehehe, kali ini mau kongsi the sharing is caring pasal pengalaman saya menjejak kaki ke tanah Johor-Singapura-Melaka. Kami, Jalan-Jalan Cari Pasal The Group kesana pada 2-5 Mac 2012. Seramai 8 orang kami tu dari Sabah Tanah Airku. Ahaaa... What can I say is, me enjoy sangattttt! Em, ok la... Let's the picture menceritakan segala. Chekidauttt..... :) 

 Day 1 :: 2hb. Mac 2012, penerbangan ke Johor Bahru. Segalanya bermula di sini. All the group members berkumpul di KKIA. Pastu, baru mau planning where to go, where to go... :D

 Kira-kira dalam jam 2 lebih gitew la, Alhamdulillah sampai at here.. Sangat bernasib baik, seorang member tu ada relative di sini. Ada la juga kenderaan menjemput di airport. Sebab, all the kami semua pun first time jejak kaki at here..ahaaaa 

 Yeahh.. First destination, kakak tu bawa jenjalan di bandar Kota Tinggi, Johor. Menariknya disini, tu haa...kain bertimbun. Boleh dikatakan syurga kain/tudung/baju kurung at here. Murah-murah2 lagi tu. Kalau Kota Kinabalu ada Segama and Sinsuran, di sini lagi meriah banyaknya. Rambang mata okei. Macam mau borong ja tudung-tudung di sini. Mujur masih waras :D

 Lepas tu, singgah makan malam di rumah kakak tu di Kulai, Johor. Asam pedas yoo. Then, perjalanan diteruskan ke Johor Bahru. Hari tu juga sampai Danga Bay. Tapi macam tempat tu under renovation pula.

Haha tu deaa.. Alang-alang sudah sampai kan, buat saja la apa-apa yang boleh di buat. Lucunya, kitorang sempat naik train ja keliling Danga Bay. Erkk, keliling lah sangat..LOL

 Day 2 :: 3hb. Mac 2012 Our breakfast!!!! Ini la bah yang jadi kerinduan. 4 hari stay sana, 4 hari juga layan nasi lemak sedap ni. :))

 JB Central, ready mau ke Singapura. Kabak-kabak jantung semua. Takut tidak lepas imigresen :D Akhirnya lepas juga. 2 orang tidak dapat join time ni, but member tu ada member lagi memang orang sana join sekaki memeriahkan lagi journey. Amboi, journey gitew kannn...

 Here we are!!! HAHAHA..excited bagai nak rakkk di situ!! I'm at Universal Studios Singapore!! Memang berbaloi-baloi beli tiket mahal tu USD74 beb. Cuba convert pegi RM.

 Wa cakap lu, PUAS HATI OKEH. Haa, pic ni baru area Hollywood. Banyak lah bah klon watak-watak Hollywood at here. Tiada masa ja mau layan semuamuamua...cheh!

Masuk negara Madagascar!! :)) Keminatan betul saya dengan katun ni masa dulu-dulu. Kami ikut satu perahu tu, masuk dunia Madagascar yang penuh suspen di dalam. Meet all the character of Madagascar. Best! :D

 Far Far Away!! Cantik kan? Palace? At here, we meet Mr. and Mrs. Shrek. And the donkey too... We Enjoying 4D inside, terasa sungguh labah-labah menyerang kaki and and and air liuqq si Donkey. Yuckk..! Best :))

 Next, sampai basah lecun experienced Jurassic Park. Kami naik bot kuning tu, masuk hutan, yang ada dinasour kiri kanan yang main sembur-sembur air. Nasib bukan api! :DD Then, laluan airnya tu liku-liku-liku-juram. Bayangkan saja kalau boat tu terbalik. Best ah!!

 The Mummy Revenge! Tidak sempat masuk sebab have to wait an hour lagi. Tidak cukup masa T_T Water World pun we missed out! Harap lah boleh datang lagi kesini.kakakah...

 Roller Coaster!! Teringin mau naik :( memandangkan time tu, diriku mula dilanda demam (kejutan berjalan kot) makin pening tengok benda tu berlingkar-lingkar. Serius, jeles tengok member lain naik.

YEAH!! Waiting For This!! TRANSFORMER RIDE!! BEST GILA, WA CAKAP LU...!!! NAMPAK NI TULISAN FON BESAR. TERBAIKKKKK!! OMG, rasa betul-betul jadi Transformer. Yang sakit jantung, nazak dah disitu. Kalau mengandung, terberanak dah disitu. You have no idea, kitorang tunggu rasa berjam-jam mau ride. Sangat Best!!!!!!!

Last part yang sempat, we go to the New York City!! Jumpa Steven Spilberg and menonton pembikinan filem oleh beliau. Then, ada kereta berhias lagi. Tidak sempat juga :)

 Sebelum meninggalkan Singapore, sempat juga singgah at Bugis Street yang terkenal tu. Best la di sana. Banyak barang-barang murah. Then, kitorang balik guna MRT. Good Bye and So Long Singapore :)

 Day 3 :: 4hb. Mac 2012 A day trip to Melaka pula :) Kebetulan dapat naik bas dengan seat VIP, boleh lah rehat dengan tenang lepas semalamnya di Singapore. Perjalanan JB ke Melaka ambil masa 3 jam. Cukup kot rehatnya. Emm, tidak sah pergi Melaka kalau tidak naik beca kan.hehe...

Itu dia, kebanggan Kota Melaka Bandaraya Bersejarah. Kota A'Famosa :)

 My posing dengan pemandangan Kota Melaka. Ahakz!minta puji..

 Secebis kenangan di Kota Bersejarah ini :)

 Okei, first time in my life me jumpa Burger Ice-Cream. Sedap! Mungkin juga kerana cuaca time tu agak panas, asal ais pun rasa sedap. Tapi sekarang teringin pula mau makan lagi. Ada ka tu di Sabah?hehe... Then, Cendol Durian. Wahh, beravohh bebeh, nyaman banget! Memang patut pun ianya terkenal serata malaya.

 Walking street :)

Whoaa... Menara Taming Sari :) Dari sini, benda tu naik setinggi *erk, lupa*, tinggi juga lah. So, atas tu boleh nampak whole Bandar Melaka. Best, gayat :p

Day 4 :: 5hb. Mac 2012, our last destination before last kopek ke Senai Airport. Johor Premium Outlets. Baru juga tempat ni, sempat lagi pemandu teksi tu bawa sesat-sesat. Apa yang bestnya tempat ni, barang-barang branded semuanya mampu dibeli.hahahahaha..... Cubalah ada di Sabah begini.