Pages

Saturday, 28 April 2012

Gunung Kinabalu Telah KuTawan

Salam.

 YESS..! Memang telah lama menjadi impian saya untuk mendaki Gunung Kinabalu. Hell ya, gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.hihi...
 Dan akhirnya dengan penuh rasa bangga di hati, saya telah mencapai impian tersebut pada 15 April 2012. Thanks to my bestfriend yang invite me join their group (cis, group bro-in-law saya juga rupanya :p). Seramai 18 orang dalam group tu, then pecah kepada dua group lagi. Of course la saya follow group my bro-in-law and close friends. Hehe baru seronok kannn.
Dipendekkan cerita, saya telah meng'confirm'kan penyertaan pendakian pada bulan November 2011. So, my sister sudah warning sedia supaya get enough training (at least) 2 months before climbing. Dengar kata mau naik Gunung Kinabalu ni kena FIT fizikal dan mental. (And yes, sangat Betul!)  
Sepatutnya saya ada cukup masa untuk training, jogging, and so on...dan sikap malas saya untuk bersenam menyebabnya saya redha saja la setakat mana yang mampu time mendaki nanti.huhu...

Alkisahnya.......

15 Apr. 2012 :: Kami bertolak dari Kota Kinabalu pada jam 5.15 pagi. Memang kena awal sebab takut kemalaman pula nanti sampai Laban Rata. (Sudahlah tiada training kann...) Memang semangat giler. Dekat-dekat Pekan Nabalu tu, Mr. Lidin (our driver) berhenti tepi jalan to show us the lautan awan. So much cantik! View macam ni hanya boleh nampak dalam jam 6-7 pagi ja. Jangan harap boleh nampak lautan awan macam tu kalau sudah lepas jam. Bertuahnya kami.eheee...
Then, kami singgah di Pekan Nabalu untuk breakfast.

Dalam jam 8 lebih macam tu, kami sampai di Kinabalu Park. Bayar tiket masuk RM3 seorang. Sementara our tour guide a.k.a my bro-in-law uruskan registration mendapatkan pas mendaki dan mountain guide, kami main klik-klik la di situ. 
Sudah register, kami diberi pek lunch untuk bekalan makan semasa mendaki

Timpohon Gate. The starting point, dimana pendakian akan bermula di sini. Tidak perlu pakai sweatar (walaupun sejuk sudah) sebab kita akan rasa panas dan berpeluh semasa mendaki.
*Tips: Tidak perlu la bawa beg besar/berat sangat. Bawa keperluan penting ja seperti baju panas, baju hujan, baju spare (sepasang cukup ah), head lamp, glove dll. Beg yang berat akan membebankan, memenatkan, menghabiskan tenaga semasa mendaki. Oh, ada juga lah porter yang boleh membawa beg kita sampai ke atas. Tapi bayar woo RM8 untuk 1kilo.
I prefer bawa beg sendiri. Beg I paling kecil and padat okeh. Hehe.
9.10 pagi kami mula mendaki.

Sebenarnya tidak banyak boleh dibuat semasa mendaki. Just naikkkkkkkk terusssss..! Tidak boleh juga bercakap banyak. Because bercakap pun kena guna tenaga juga. Sayang itu tenaga.hehe! 
Di awal pendakian, rasa smooth ja. Sekali sampai di 1.0km, saya sudah merasa penat. My kaki mula goyang. Perjalanan saya semakin perlahan.
Sampai di 2.0km, saya sudah diserang Altitude Mountain Sickness! Saya semakin slow, sudah makin terasa kesukaran bernafas. Time ni saya paling ketinggalan di belakang. (That's why training itu penting!!!ish...) Tapi saya teruskan juga. Slow and steadyyyyyyyy.
*Altitude Mountain Sickness - sesak nafas, pening, loya, lemah.
Saya mendapat semangat baru bila nampak sign 2.5km. Kenapa??hehehe... Percubaan pendakian saya yang pertama pada tahun 2007, saya sampai di 2.0km saja. Tapi time tu saya saya tidak mampu teruskan, saya turun.hukhukhuk.. Maknanya kali ini saya telah memecahkan rekod lama. Hahahahaha..
*Tips: Semasa mendaki, kita akan cepat kehilangan tenaga. So, bawa la makanan yang boleh memberi tenaga macam coklat-coklat, kismis, dan sebagainya. Sambil mendaki, sambil makan.  

Selepas berehat seketika (balik-balik berehat!) last-last saya mula mendapat rentak pendakian yang selesa dan pernafasan yang betul. Ambil nafas melalui hidung dan hembus melalui mulut. Tidak boleh rush sangat naik, kena melangkah slow and steadyyyyy.. Biar lah lambat, yang penting tidak sesak.haha.
Rasanya mendaki tu tidak memenatkan sangat. Yang paling bikin penat adalah kesukaran bernafas. Rasanya lah.......
Mungkin bagi pencinta-pencinta alam, perjalanan sepanjang pendakian tu amat menyeronokkkan kerana banyak tumbuhan yang indah. Bagi saya, tidak boleh fokus sudah. Dalam kepala, cuma ingin segera sampai ke Laban Rata.
*Tips: Jangan berehat terlalu lama di satu-satu tempat sebab badan akan cepat rasa sejuk. Bila sudah mula rasa sejuk, adalah semakin sukar untuk bergerak meneruskan pendakian. Penggunaan tongkat/stick adalah sangat-sangat-sangat-sangat menbantu!

Saya jumpa bermacam-macam jenis kecuraman Gunung Kinabalu. Paling teruk jalan dia adalah selepas 4.0km. Adadahhh!! Sudahlah tidak rata, tinggi-tinggi lagi tu. Maklumlah, batu-batuan sudah di area situ. Jangan lah mau give up. Sikit lagi tu mau sampai.
Sepanjang jalan tu ada 7 buah pondok rehat. So, tidak perlu risau tentang bekalan air sebab setiap hentian tu ada air minum. Boleh refill botol air. That's why tidak perlu bawa botol air yang besar dan berat.

Jam 3.00 petang, saya sampai ke Laban Rata RestHouse. Yahuuuu...! Not bad la bagi orang yang tiada training macam saya :D My group members yang lain, sudah bersenang-lenang di situ. Sabar saja lah!
Tapi mau bagi kreadit juga la dengan my tunang. Dia memberi saya semangat sepanjang pendakian. "Go Jiera..Go Jiera.." di situ yah. Saya lambat, dia pun lambat sebab menunggu walaupun sebenarnya dia mampu sampai lebih awal.
Serius, penat dan lapar! Dan sejuk..! Kami stay di Laban Rata RestHouse sambil tunggu masa buffet dinner pukul 4 petang. Lepas makan and rehat sebenar, baru la rasa sehat kembali. 

Pemandangan dari Laban Rata RestHouse. Syukur Alhamdulillah cuaca sepanjang hari itu pun sangat baik. Kini kita berada di atas awan yah.hehe.

Lepas makan, kami kena naik lagi dalam 100meter untuk ke tempat penginapan. Adeh! Menaiki 100meter di tempat yang sejuk dan kurang oksigen adalah sangat memenatkan. Sikit lagi... Sikit lagi...

Gunting Lagadan Hut, kami menginap disini. Recharge energy untuk pendakian ke puncak awal pagi esoknya. Sejuk sangatttt! Sweater dua lapis, blanket 2 lapis, stokin dan glove bawa tidur, masih sejuk okeh! 

16 Apr. 2012 :: Kesejukan yang melampau membuatkan saya tidak berapa nak tidur. Jam 2.15 pagi, kami mula bertolak ke puncak. Dari sini ke puncak ada 2.72km lagi. 
Turun ke Laban Rata RestHouse untuk breakfast, saya rasa tidak mampu. Rasa jauh ja tu 100meter. Oleh itu, saya cuma makan bread yang semalamnya sebagai isi perut dan sumber tenaga ke puncak.huhu....

Berjalan waktu gelap (Syukur ada head lamp), laluan batu yang licin dan terpaksa memegang tali yang tersedia. Saya tidak sangka, jalan ke puncak seteruk itu. Dengan memegang prinsip slow and steadyyyyy, sampai juga ke puncak. Agak mengecewakan di situ, saya sampai puncak pada jam 6.20 pagi. Aduh!! Terang sudah....paling lambat.hukhukhuk. Tapi tidak apa =) 
*Tips: Jangan lupa bawa lips balm. Bibir mengering siott. Pakai contact lens pun tidak boleh!

Low's Peak.
The best moment kali ini adalah dapat mendaki bersama orang tersayang. Amboi..!

Beberapa pemandangan batu-batuan di puncak Gunung Kinabalu. 
Actually, saya gayat sepanjang berada di sini. Banyakkk gaung yang tidak kelihatan lantainya.ahaaa... 

Allahu Akhbar! Maha indah ciptaanNya. Kalau diperhatikan, setiap batu-batu yang terbentuk di sini seakan menyerupai sesuatu. Allahualam... (macam-macam bentuk ni...)
Mountain guide tu cakap, tidak boleh berlama-lama di sini sebab keadaan yang sangat-sangat sejuk boleh memudaratkan diri sendiri. Silap-silap boleh beku di sini.haha.

Lepas breakfast di Laban Rata Resthouse, turun gunung perlahan-lahan yang sememangnya menyakitkan kaki.
*Tips: Bergerak turun laju-laju :D

Mission Accomplised! Berjaya...! Alhamdulillah.

Sampai di Kinabalu Park, terus boleh claim sijil. Cantik sijil dia, berwarna-warni. Rupanya kalau tidak sampai di Low's Peak tu, sijil dia hitam putih ja. Kalau langsung tidak sampai ke puncak, sorry la nak dapat sijil ya. Yang penting, keletihan dan kesakitan ini berbaloi dan kepuasan ini amat membahagiakan.hehehe.

Wassalam.

p/s: Seminggu selepas kejadian ini, baru la hilang rasa sakit kaki. Sengsaranya nampak tangga.

No comments:

Post a Comment