Pages

Wednesday, 27 February 2013

Beaufort - Sipitang - Lawas - Limbang - Brunei - Miri

10.02.2013, 10.03pm - Alahai lambatnya si kawan-kawan dari KK. Sedang tunggu kena singgah sambil tertidur-tidur lagi. Lokasi? Masih di rumah Kg. Malawaring, Bongawan. Err for details, masih di bilik tidur. Zzzz..!
10.20pm - Naa sampai pun mereka dekat simpang rumah. Si kucing Deren yang gemuk dan pemalu kelam kabut lah bah lari masuk perkarangan rumah dari simpang. "Stranger, stranger..." mungkin itu dalam hatinya. Haha. LET'S THE JOURNEY BEGAN!! ^^



11.02.2013, 5.48am - Keadaan yang masih gelap gelita, we'ol memulakan perjalanan. Bismillahirohmanirohim... Moga-moga tiada yang masih mamai di subuh-subuh ni. Bagi penumpang macam saya, okey sahaja, boleh sambung tidur dalam kereta. Hihi. Apa tidaknya, semalam sampai ke rumah Tajul di Kg. Lingkungam pun sudah jam 11.20pm. Meninggah lagi di Beaufort isi minyak kasi full. Then, macam-macam lah bah ceita dari asal-usul Brunei (mentang-mentang lah mau ke negara Brunei kannn) ke cerita hantu ke cerita kedai kopi, tidurnya sudah jam 1.00pm. Kau ada??
6.15am - Dui duii... Singgah tandas di Sipitang. Isi perut yang tidak baik si Masri and Mr. Husby perlu dibuang terlebih dahulu. Ngek!
6.38am - Imigresen Sindumin. Taking-taking picture.
7.19am - Lawas. Limpas saja.
7.49am - "Walaikumsalam ma, kami limpas Lawas sudah. Kan masuk Brunei lagi sakajap." Send delivered to mama in law. Yay! We in Imigresen Temburong, Brunei Darussalam.
8.25pm - Imigresen Puni. Sedang tunggu feri ke Limbang. Pfft! Feri la sangat. Hihi. Harga tambang feri RM8.00 or dolar brunei 4.00. Cekik darah!
Lebih kurang jam 9.00am tadi sampai Limbang. Wuhuu! Meet my husband's bestfriend here, Sukri si chinese looking. Amboi popular naa, nama terpampang pada banner Bank Rakyat Limbang. Kehkeh... Dan beliau akan dipergunakan sebagai guide sepanjang tour kami di sini hingga ke Miri. Padan muka dia. Haha! Sukri bawa breakfast di Nurul Restaurant. Pergh! Sedap mi jawa and laksa di sini. Tidak pasti berapa harganya, all paid by Sukri. Ambek! Syukurrr... :)
10.12am - Perjalanan disambung lagi ke Miri. Husby driving sudah ada kawan bercerita. Boleh lah I sleep well di belakang. Lebih kurang 3 jam okei, 3 jam perjalanan!
10.59am - Imigresen Kuala Lurah. Berbaris kereta dowh! Telah agak wasting time.
12.48pm - Imigresen Sungai Tujoh. Huargggg! Baru bangun... Kehkehkeh. Welcome to Miri, Sarawak.

12.02.2013, 10.50am - Selamat pagi! I just having a wonderful yesterday ;) Sekarang sedang keluar dari Miri ke Brunei lah pula. Time to jalan-jalan jelajah Brunei. Wuhuu...
Sesampai ja Miri kelmarin kan, perkara pertama yang dilakukan adalah cari hotel, motel, homestay or whatever. Pusing-pusing punya pusing-pusing, akhirnya keputusan di ambil untuk stay di De' Central Hotel. RM70 sebilik. Jangan nak harap macam hotel mewah yah. Haha, air mandi kejap sejuk kejap panas. Tapi just okey lah untuk kaki-kaki jalan yang bukan jenis diam-diam dalam bilik hotel. Yang penting, boleh sleep well. Siap berdengkur-dengkur lagi. Kahkahkah... Penatnya macam sudah 2-3 hari berjalan.
Siap check-in and rehat dalam beberapa minit, misi berjalan cari makan bermula. Restaurant Muara, sebelah hotel ja jadi pilihan. Ya Allah, punya main sedap Nasi Lalapan! Tiada penyesalan. Aku juga makan sampai licin, yang lain siap tambah nasi.
Habis makan perut kenyang, Vivi mengesorkan ke Old Lady. Nasib juga Sukri tau jalan kesana. Kalau tidak, pusing-pusing juga la cari jalan. Rupanya Old Lady tu tempat muzium Petroleum. Memang tak masuk aa tiket RM10.00 seorang tu. Haha. But di luar tu pun lawa juga, gambar-gambar dengan replika pengorek minyak. And view Bandar Miri memang very nice from here.
Next, Mr. Husby berabis membawa ke tempat yang ada patung kuda belang yang besar gila tu. Marina Bay. Patung tu? Ya memang besar and menarik. Tapi kawasannya sangat pelik. Maksudnya, mungkin suatu ketika dulu tempat tu pernah cantik. Tapi entah kenapa sekarang, macam dalam filem seram jak. Dengan resortnya yang cantik tapi terbiar dan semak dan suram. Rasa macam menceroboh pun ada , tapi ramai juga orang kesana. Orang dating lah bah paling banyak. Hehe.
Next, Sukri bawa ke Bintang Mall. Kami telah berpecah dengan Sukri sebab dia ada tujuan lain. Kami yang lain tawaf la Mall tu. Sempat juga tukar duit Brunei. Payah nanti lalu tol ke Brunei sebab kena bayar pakai duit Brunei. Duit RM pun boleh juga, tapi rasanya lebih jimat pakai matawang Brunei. Lagipun manatau ada juga mau di shoppingkan di Brunei nanti. Habis tawaf Mall tu, Sukri tidak dapat dihubungi. Kunci Kereta pula tempat Sukri. Rupanya Sukri itu adalah gimbaran semata-mata. Oh, rupanya Sukri tu sedang sibuk main singa and terpaksa off handphone. Tidak, rupanya Sukri sudah penat menuggu sampai tertidur bawah kereta. Cis, rupanya itu semua spekulasi yang dibuat-buat sambil menunggu Sukri di parking lot. Agak gila kepala otak mereka. Akhirnya sanggup Sukri masuk CC untuk connecting melalui FB sebab handphone dia habis bateri.
Setelah berjaya bertemu kembali dengan Sukri, kami balik ke hotel. Malam sudah. Cari makan la dulu, warung-warung dekat hotel pun rare juga tempat lepak-lepak memalam. Dengan tanglung-tanglung dan lampu-lampu neon bersangkutan sepanjang jalan, best! Makanan? Not bad. Sebelum balik hotel, ternampak lah pula gerai burger bakar. Naa kegemaran ramai la tu. Siap dalam menu, ada burger arnab. Alahai. Gerai Hassqeea, sila cari berdepan dengan De' Central Hotel. Buka malam ja. Langsung tiada penyesalan. Sedap mantap! Lebih kurang jam 10.30 pm kami balik ke hotel. Penat. Tidur.
Kerana dilanda kepenatan, kami wanita-wanita terlewat bangun biarpun beberapa kali kena panggilan dari bilik lelaki. Hahahihihuhu. Dalam jam 9.00, kami check-out.
Sukri bawa breakfast di Restoran Selera Rasa Segar. Special betul nasi lemak di sini. Mesti try nasi lemak kerutuk and nasi lemak ayam percik. Terangkat beb!! Juga tiada penyesalan biarpun harga RM7.80 sepinggan. Berbaloi...
Menyempat juga ke Miri Handicraft Centre. Macam biasa lah, aku mesti mau cari magnet yang melambangkan tempat yang dipergi. Menyempat juga beli t-shirt Miri. Mr. Husby pula menyempat beli senduk. Senduk?? Haha.
Sebelum berangkat ke Brunei, singgah di E-Mart beli ikan terubuk masin. Meriah juga tempat ni. Mengapalah tidak menyinggah sini kelmarin kan. Tidak sempat sudah mau tawaf. Harus ke Brunei sudah.
Okei, perjalanan ke Brunei masih jauh. Kepala pun pening-pening sudah meng'update'di i-pad ni hah. Baik tidur hingga sampai. Hehe!
6.40pm - On the way balik Limbang. Baru saja melepasi Imigresen Kuala Lurah. Well, sudah pun selesai ronda-ronda Bandar Sri Begawan. All i know, panas woo. First, kami singgah satu tempat yang kelihatannya macam tamu. Rupanya it is nothing special to jalan-jalan disana. Buang karan. Then masuk Mall entah apakah itu... Tiba-tiba masuk pula di pameran sejarah Regata di Brunei. Ngahhh! Macam tiada arah tuju pula ni tau. Haha. Baik cari makan. Tentu-tentu mau merasa nasi katok yang popular itu. Singgah restoran Nasi Katok Mama. Sedap!!
Lepas tu kan, tiba-tiba pula kami masuk muzium Brunei. Erk! Tidak menyempat masuk Bangunan Alat-alat Kebesaran DiRaja. Rasanya sana tu best. Biarlah. Then, kami pergi Masjid yang dikatakan berkubah emas. Sampai sekarang jadi pertikaian dikalangan kami samada ianya emas betul atau sekadar cat or mozek yang bersadur warna emas. Pening ja fikir. Bila mau ke Istana Sultan Brunei pula, tidak pula jumpa jalan. Pusing punya pusing, balik juga ke jalan yang sama. Last-last terus jalan balik Limbang.
8.24pm - Sedang rehat dalam bilik V5 South East Hotel, Limbang. Pusing-pusing cari hotel bajet, sini juga la jadi pilihan. RM80.00 for family room. Why not? Laparrrr... Jejaka-jejaka ni lambat memanggil untuk bawa keluar makan.
11.19pm - Selesai mandi. Time to sleep well. Thank you Sukri sebab bawa makan malam dekat Stall Open Air. Rare betul makan di sana. Tomyam sedap, sate pun ada. Kenyang gila. Zzzzz.

13.02.2013, 8.55am -Selamat pagi Limbang!! Aku sudah siap, ready to jalan. Vivi and Yusnie masih sedang bersiap gitew. Kejap lagi akan check-out dari sini.
Sebelum berangkat pulang, kami jalan-jalan sekitar Limbang. Of course pergi ke pasar tamu cari Tahay. It is ikan entah apa yang kena salai. Semua orang membeli, so aku pun membeli lah. Tidak lah sedap sangat pun. Ekeke. Sebelum tu, kami jalan-jalan cari sarapan di timgkat atas pasar tu. Not bad at all. Makanan pun just boleh tahan sambil menikmati view sungai Limbang. Plan mau ronda-ronda naik bot keliling kampung air sana tidak jadi bila pakcik bot tu mark up harga tambang sampai RM40! Cekik darah, makan lah bot kau tu. Haha.
Sepanjang perjalanan balik, singgah lagi di Lawas ambil lunch. Tempat makan yang berhampiran sungai Lawas juga. Jalan-jalan sekitar pasar Lawas cari beras Bario, beras paling mahal! Lepas tu, singgah lagi di Sipitang. Kebetulan tamu Sipitang pada hari itu, tinjau-tinjau bundle kejap. And of course wajib men'try' satay Sipitang yang terkenal dengan sedapnya di situ. Singgah punya singgah, kami sampai rumah sekitar jam 7.00pm.

Sekian.

































































4 comments:

  1. seronok kan jejalan camni
    www.kakinakl.com

    ReplyDelete
  2. Helo. Kak, brp jm perjalanan dari beaufort ke miri??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helo. Lebih kurang 4 jam sayang :) if jalan terus no singgah2.

      Delete