Ya tiba-tiba saya
rindu tempat kerja lama. Workmate di sana yang really sporting dan sapportive . Entahlah, kadang-kadang rasa menyesal pindah sini singgah dalam
laman sesawang kepala otak ni. Tapi kita ambil yang positif la kan, sebab rasa
itu pun datang kadang-kadang ja.huhu…
Tempat kerja lama,
I mean tempat kerja sebelum pindah sini lah. Di sana lah 1st posting
saya, di sanalah saya mula belajar tanggung diri sendiri *jauh pula aa dari
keluarga*, di sanalah mula merasa pegang duit sendiri dan mula memboros, di
sanalah saya mula belajar berdikari *tapi hujung-hujung minggu balik juga umah
mak*, di sanalah saya belajar banyak perkara tentang kehidupan, di sana juga
lah saya rasa kehidupan seperti saya dapat menonjolkan diri saya yang sebenar.
Saya benar-benar menjadi diri saya sendiri dan persekitaran tu sangat-sangat
selesa sebenarnya. Tempat kerja sekarang ni, x tau la mau kata apa =_= tapi
bukan tempat kerja sini saya mau madahkan sekarang.hihi~
with my loyal friend yang maha mendengar, Tengku Rokiah!
Testing webcam laptop baru si kawan :)
Saya teringat
tempat duduk saya di sana, saya teringat peranan-peranan yang yang saya pegang
di sana, saya teringat rutin kerja harian yang saya kena buat di sana, time-time
lepak with workmate di sana, saya rindu diorang Uya, Ati, Ojen, Daw, Kak Erni,
Anti Celes, Anti Jebet, semuanya lahhh. saya suka semua itu sebenarnya J Rindu saat-saat memancing ramai-ramai, memasak
ramai-ramai, makan ramai-ramai. Eh, semua tu dilakukan time office hour. Hebat!
:D Rindu gurau senda, lawak jenaka, dengan diorang. Rindu mau mengeluarkan
kegila-gilaan yang sedang membeku dalam stor otak saya sekarang ni. Aduduhhh~
Rindu dengan segala perancangan yang grand-grand dan mengujakan tapi tidak
pernah pun mau laksanakan :D
Time Karnival Sukan Pend. Khas
Saya suka duduk belakang kereta mcm ni, Free Air.weuuu...
Rindu dengan
ubahsuai bilik kerja saya di sana, sebab saya la orang pertama yang menduduki
bilik kerja tu dari kosong-sekosong-kosongnya sehingga minta perabot itu-ini,
susun sana-sini, hias kiri-kanan-atas-bawah. All by me! J Time itu, ruangan tersebut akulah yang punya. My
privasi dan sangat selesa, hehe deko saya sendiri kenalah puji sendiri. Paling
dirindui my ikan kap, si Kapi-Kapi. Teman saya di bilik kerja yang saya wish “Good
Morning, Kapi-Kapi hensem. Sihat? Hari ini, saya mau buat itu-ini-itu-ini………”
setiap hari. Maka, si Kapi-Kapi pun macam menunjukkan kegembiraan setiap kali nampak
saya datang dengan berenang laju sambil mencium-cium dinding akuarium. *Padahal
dia minta makan :D* Sebelum pulang, saya akan cakap dengan dia “Bye Kapi-Kapi,
jumpa besok” and bagi dia sedikit dinner. Sayangnya saya dengan ikan itu yang
dibeli dari tamu. Saya jaga Kapi-Kapi dari dia sebesar dua jari sampai sebesar
tapak tangan. Terus terang, salah satu reason saya rasa keberatan meninggalkan
tempat tu. Seminggu selepas saya pindah, Kapi-Kapi mati LLL Ok done with
Kapi-Kapi, life goes on kannn…
My last day here. Thanks Anti Lucia for the tempat pen yang kiut ;)
They masak-masak for my Majlis-Good-Bye-Jiera. Terharu sehhh :')
Love you all. Mmmmuahhh!!!
Now, saya dengan angin baru di tempat kerja
sekarang J Just nothing much to say. At least, dapat pindah
ni dekat dengan family. Mau berabis dulu berkepit sama si mama. Sudah kawin
nanti, x dapat sudah buat mcm tu kan.huhu… And, at least, my finance ok sikit
lepas pindah ni. Alhamdulillah J And saya masih in touch with my
friends tempat kerja lama. Memori with you all tetaps di hati.chewah… And,
hikmah disebaliknya ialah my life better. Walaupun, suasana agak kureng di
sini, saya masih ada teman-teman dari tempat kerja lama untuk dihubungi dan
mengadu. Ok ok nanti kontroversi :D
Kthxsalam.
LOL
No comments:
Post a Comment