Pages

Thursday, 31 May 2012

Kursus Pra-Kahwin



Assalamualaikum… Today 29 Mei 2012, saya telah berjaya mendapatkan Sijil Lulus Kursus Pra-Perkahwinan. Maknanya saya telah menyelesaikan satu lagi syarat untuk ke gerbang perkahwinan. Chewah macam lain ja bunyi… Yang pergi kursus awal-awal ni pun atas desakan my Awang. Erm at least, tidak kelam kabut di kemudian hari kan. Hehe.
Sepanjang kursus tu berlangsung selama 2 hari, memang benar lah terbuka minda tentang kehidupan sebenar selepas berumahtangga. Bukan calang-calang ilmu kena tahu untuk mempertahankan kebahagiaan sesebuah rumahtangga sepanjang hayat. Semua itu didedahkan semasa kursus. Setiap slot ceramah yang disampaikan memberi manfaat yang sangat berguna kerana ia menyentuh dari aspek akidah, akhlak, ibadah, pengurusan masa, kewangan, konflik, stress, dan sebagainya. Kena lagi penceramah yang dijemput ni banyak humor, alahai bestnya… Kurang lah sikit mengantuk dan bosan :D

Peneman kala sleepy

Tapi yang bestnya, saya juga terberkenalan dengan beberapa peserta kursus yang mempunyai cerita yang tersendiri. Kalau macam saya, sudah jadi perkara biasa menyertai kursus ini seperti alasan kebanyakan orang. Nothing much to share. But saya berminat untuk share cerita orang lain pula. Hohoho. Rata-rata kebanyakan peserta perempuan kursus adalah dalam lingkungan umur 17 sehingga awal 20-an. Saya pun tidak la tua sangat kot… And masing-masing datang dengan pasangan. Saya pula datang forever alone. Hihi. mau buat macamana, my Awang sudah awal-awal ambil kursus pra-perkahwinan ni. Nampak, semangatnya mau kahwin :D Gurau!
Seorang kenalan baru yang saya panggil Siti duduk semeja dengan saya sepanjang kursus. Alahai kiut-kiut kecil molek orangnya. Siti pun baru habis SPM tahun lalu. Result SPM keluar ja terus dia bertunang dengan pilihannya. Tunangnya pun datang sekali kursus tu dan rupanya tunang si Siti ni baru masuk Islam 2 minggu. Alhamdulillah…
Ada juga peserta kursus yang hadir tidak memakai tudung. Aisah namanya, muka macam cina tapi rupanya Aisah memang berbangsa cina. Haha. Cerita punya cerita punya friendly, Aisah pun saudara baru juga. Nama asal Celestina baru 1 tahun convert muslim. Alhamdulillah. Lagi memeranjatkan lagi, sebenarnya saya memang agak terperanjat, Aisah ketika itu sedang pregnant 3 bulan! Eh, napa baru ambil kurus pra-kawin ni? Tapi tidak berani pula saya tanya lebih-lebih. Kuikuikui. Pendiam sungguh la anak cina ni. Saya punya main gelak bila penceramah tu buat lawak di depan, boleh pula si Aisah ni senyum sumbing ja. Lagi tambah geli isi perut saya. I mean, it look cute actually. Hihi. Rupanya peserta kursus bersama saya kali ini ada 3 orang lagi yang sedang pregnant. Ada yang sudah kahwin pun. Macam-macam.
Seorang lagi kenalan baru yang saya panggil Ain. Ini pun best juga ceritanya. Ain seorang yang peramah dan ciri-ciri wanita ayu memang terserlah gittew. Ain belum pernah berjumpa dengan tunangnya sebelum bertunang. Hah jangan terkejut, zaman sekarang ni pun masih ada parent yang menentukan jodoh untuk anak. Siap agak mengenang airmata di kelopak matanya tika bercerita. Namun, dia seorang yang positif sebab lelaki pilihan parent dia ni seorang yang bermotivasi dan berwawasan. Hehe, saya doakan semoga kebahagiaan sentiasa bersama mereka. Amin.

Me and Ain. Paling bercerita sepanjang kursus yah

Yang penting, sijil lulus kursus Pra-Perkahwinan sudah berada dalam genggaman. Sekarang ni, kena fikir perkara yang seterusnya untuk ke gerbang perkahwinan yakni membajet! Fulus kena cukup kalau mau kawen. Semoga semuanya sentiasa bejalan lancar dan diredhai.

Wednesday, 23 May 2012

Mood Jiwang

  Assalamualaikum pembuka bicara, dari hati yang sedang lara, apa khabar dirimu di sana, terbayang-bayang saat berdua, berkongsi duka dan dan cerita gembira, janji-janji yang perlu dikota, aku menanti saatnya tiba, kau dan aku akan bersama, walaupun kini jauh di mata, sentiasa merindu padamu kanda, semoga dirimu begitu juga, inilah cinta kita cara kita.

Motif gambar?? Erm..nothing xD

Alahai lahhhh…. I tengah berjiwang ni xD
Pernah orang sekeliling bertanya, “kamu okei ka juga jarang berjumpa, jarang dating…” Whadda problem? Yeah, very the susah mau jumpa. Macam la berjauhan beribu batu kan, padahal dipisahkan oleh gunung Kimanis jew.hewhewhew~ TAKDA MASALAH..TAKDA MASALAH.. INSYA ALLAH TAKDA MASALAH J

Yang itu tidak apa lagi, seorang teman pernah bertanya yang lebih worst gittew tau.. Tapi sebelum tu, kitorang sembang-sembang kosong la. Then dia dapat tau our chinta tinggal jauh and jarang jumpa (sebulan sekali pun payah dowh!), on the spot berkerut seribu seratus sebelas dahinya..! Terkejut betul dia yah. Terus teman tu genggam my tangan and say “Geng, tidak boleh tu kau kasi biar berjauhan. Sooner or later, hubungan kamu tidak kemana. Please la, kau kena paksa dia untuk jumpa selalu…bla..bla..bla…” She talked too much-much, but wah menyimpang betul pandangan kami.hihi~ But I respect her because dia talked too much-much pun based on her experience of marriage. Alkisahnya itu jodohnya setakat disitu sayang.

Just ambil yang positif la. Berapa ramai pasangan lain yang jauh beribu-ribu batu pun, still juga cinta kasih sampai ke syurga. We should thanks to technology! Sekarang bukan zaman kirim surat cinta 2-3 minggu baru sampai. Boleh update setiap masa kalau mahu kan… Semuanya dari hati dan niat untuk mempertahankan sebuah perhubungan jarak jauh. Insya Allah kalau memang dia jodohnya yang sudah termaktub dalam la mahfuz, tidak akan kemana. Berdoa sentiasa semoga diteguhkan hatinya untuk sentiasa merindui. Dari rindu, wujudnya rasa sayang yang semakin menebal.hehehe….. Jiwang ko nyah memalam ni.. Okei tidur!

~~ maylaffoyu ~~