Pages

Thursday, 31 May 2012

Kursus Pra-Kahwin



Assalamualaikum… Today 29 Mei 2012, saya telah berjaya mendapatkan Sijil Lulus Kursus Pra-Perkahwinan. Maknanya saya telah menyelesaikan satu lagi syarat untuk ke gerbang perkahwinan. Chewah macam lain ja bunyi… Yang pergi kursus awal-awal ni pun atas desakan my Awang. Erm at least, tidak kelam kabut di kemudian hari kan. Hehe.
Sepanjang kursus tu berlangsung selama 2 hari, memang benar lah terbuka minda tentang kehidupan sebenar selepas berumahtangga. Bukan calang-calang ilmu kena tahu untuk mempertahankan kebahagiaan sesebuah rumahtangga sepanjang hayat. Semua itu didedahkan semasa kursus. Setiap slot ceramah yang disampaikan memberi manfaat yang sangat berguna kerana ia menyentuh dari aspek akidah, akhlak, ibadah, pengurusan masa, kewangan, konflik, stress, dan sebagainya. Kena lagi penceramah yang dijemput ni banyak humor, alahai bestnya… Kurang lah sikit mengantuk dan bosan :D

Peneman kala sleepy

Tapi yang bestnya, saya juga terberkenalan dengan beberapa peserta kursus yang mempunyai cerita yang tersendiri. Kalau macam saya, sudah jadi perkara biasa menyertai kursus ini seperti alasan kebanyakan orang. Nothing much to share. But saya berminat untuk share cerita orang lain pula. Hohoho. Rata-rata kebanyakan peserta perempuan kursus adalah dalam lingkungan umur 17 sehingga awal 20-an. Saya pun tidak la tua sangat kot… And masing-masing datang dengan pasangan. Saya pula datang forever alone. Hihi. mau buat macamana, my Awang sudah awal-awal ambil kursus pra-perkahwinan ni. Nampak, semangatnya mau kahwin :D Gurau!
Seorang kenalan baru yang saya panggil Siti duduk semeja dengan saya sepanjang kursus. Alahai kiut-kiut kecil molek orangnya. Siti pun baru habis SPM tahun lalu. Result SPM keluar ja terus dia bertunang dengan pilihannya. Tunangnya pun datang sekali kursus tu dan rupanya tunang si Siti ni baru masuk Islam 2 minggu. Alhamdulillah…
Ada juga peserta kursus yang hadir tidak memakai tudung. Aisah namanya, muka macam cina tapi rupanya Aisah memang berbangsa cina. Haha. Cerita punya cerita punya friendly, Aisah pun saudara baru juga. Nama asal Celestina baru 1 tahun convert muslim. Alhamdulillah. Lagi memeranjatkan lagi, sebenarnya saya memang agak terperanjat, Aisah ketika itu sedang pregnant 3 bulan! Eh, napa baru ambil kurus pra-kawin ni? Tapi tidak berani pula saya tanya lebih-lebih. Kuikuikui. Pendiam sungguh la anak cina ni. Saya punya main gelak bila penceramah tu buat lawak di depan, boleh pula si Aisah ni senyum sumbing ja. Lagi tambah geli isi perut saya. I mean, it look cute actually. Hihi. Rupanya peserta kursus bersama saya kali ini ada 3 orang lagi yang sedang pregnant. Ada yang sudah kahwin pun. Macam-macam.
Seorang lagi kenalan baru yang saya panggil Ain. Ini pun best juga ceritanya. Ain seorang yang peramah dan ciri-ciri wanita ayu memang terserlah gittew. Ain belum pernah berjumpa dengan tunangnya sebelum bertunang. Hah jangan terkejut, zaman sekarang ni pun masih ada parent yang menentukan jodoh untuk anak. Siap agak mengenang airmata di kelopak matanya tika bercerita. Namun, dia seorang yang positif sebab lelaki pilihan parent dia ni seorang yang bermotivasi dan berwawasan. Hehe, saya doakan semoga kebahagiaan sentiasa bersama mereka. Amin.

Me and Ain. Paling bercerita sepanjang kursus yah

Yang penting, sijil lulus kursus Pra-Perkahwinan sudah berada dalam genggaman. Sekarang ni, kena fikir perkara yang seterusnya untuk ke gerbang perkahwinan yakni membajet! Fulus kena cukup kalau mau kawen. Semoga semuanya sentiasa bejalan lancar dan diredhai.

No comments:

Post a Comment