Bismillahi Rahmani Rahim.
Segala puji-pujian untuk sir boss a.k.a boss aku sebagai pembuka dan pemanis bicara entry. Kuikuikui.
Aku ada seorang majikan yang aku gelar sir Boss only in my blog. Beliau seorang boss yang baik hati, bertanggungjawab, masih hensem, dan yang paling ketara adalah beliau sememangnya seorang pemimpin yang berkaliber. Banyak perubahan positif dan pencapaian terbaik yang telah dilakukan. Cuma, kedekut sikit. -hep!*lastik mulut*-
Pada suatu pagi,
Sir Boss : Puan, puan tau aa itu wassap??
Aku : Oo tau.
Sir Boss : Ini aa, saya tidak tau oo kenapa itu wassap tidak dapat buka sini.
~ Tunjuk henfon miliknya, model nokia C7 (I guess la) *Oh tuhan, seriusly pendapatannya sebulan cecah puluh-puluh riban okeh. Nokia C7?? Bawa kereta kancil?? (Tiba-tiba, haha) sekarang percaya ka aku cakap kedekut tadi? -hep!lastik mulut-* alkisah kedekutnya, in another entry maybe.
Aku : Tengok?
~ Dengan konfiden aku tekan icon WhatsApp. WhatsAppnya tidak terbuka tapi something appear. -->>tulisan cina<<--
Sir Boss : Apa itu maksud dia?
Aku : (Dahi sudah berkerut seribu. Yang cina ni, aku ka atau sir Boss?) Ooh... Ermm... Cemana aa, entah la sir.
Sir Boss : Oo puan tidak tau aa itu wassap?
Aku : (Senyum tawar, dahi berkerut, angkat-angkat bahu)
Sir Boss : Tidak apa la puan aa. Saya tanya bini saya. Ok ok.
~ Berlalu pergi. Sambil dail nombor telefon bininya kali.
Dahi masih berkerut, aku pandang Kak Emy (sesama staf). Dia sengih.
Kak Emy : Peduli Jiera. Dia bukan tau apa-apa tu. Segala bagai email ka, Wassap ka, pesbuk ka, bla-bla-bla, semua bini dia tu yang handle.
Aku : Hahahaha.
Lebih kurang sejam later, sir Boss kembali...
Sir Boss : Haa puan, tadi saya mau uninstall itu wassap aa. Bini saya tunjuk. Jadi sekarang apa mau bikin? Cuba puan tengok. Saya tekan ini (application store), keluar ini macam. Apa maksud aa?
Aku : (Tengok henfon beliau. Dahi kembali berkerut. Garu kepala) Sir, tidak faham oo.
Sir Boss : Oo puan tidak tau aa. Ok la aa.
~ Berlalu pergi.
Aku : (Bingung. Kenapa pula aku yang bingung? Entah...)
Selepas sir Boss jalan, Kak Ana (semama staf juga) menyampuk...
Kak Ana : Aik Jiera, nda kan kau nda tau itu wassap? Selalu juga kita bewassap...
Aku : Bukan apa kak. Dia minta ajar masalah wassapnya, iya-iya ja tunjuk henfonnya tapi chinese language pula. Manakan aku dapat faham.
Kak Ana dan staf yang lain : Bhahahahahaha!!!!
Moral of the story = Sir Boss tidak kasi aku pegang henfon nokia C7nya lama-lama. Kalau tidak, boleh juga aku explore masalahnya. Dan disebabkan itu aku saspek henfonnya sebenarnya belum connect wi-fi atau pun tiada data internet.
Dan aku saspek, antara semua staf, kenapa aku yang terpilih untuk diajukan masalah itu?
Adakah kerana aku lah staf yang paling banyak masa hadap henfon? Kadang-kadang hadap henfon pandai sengih serupa itu kerang busuk?
Atau adakah kerana kedudukan meja aku yang paling kelihatan dari pintu bilik opisnya?
Jadi kedapatan aku selalu curi tulang online di henfon???
Lalala...
No comments:
Post a Comment