Pages

Tuesday, 5 April 2016

Beranak Hospital Swasta vs Hospital Kerajaan

Tup-tup sudah dua anak. Haha. Macam ada yang kisah pula kan.
Saja mau coretkan pengalaman beranak di sini. Very miracle experience in the world pula tu kan.
Sebab aku dah rasa beranak di hospital swasta dan hospital kerajaan. Let's see the differences. Err, not much differences la juga sebenarnya.
Yang anak first tu lahir di hospital swasta. Dari embrio berusia 5 minggu, sudah mula berklinik di swasta. Anak first. Excited! At the same time, berklinik juga di KKIA.
Alahan? Teruk! Aku nangis. Tapi kandungan masuk 5 bulan, ok dah.
Dijadikan cerita, aku gagal ujian gula semasa mengandung dan disahkan GDM iaitu kencing manis semasa mengandung. Both doctor Sutha from Rafflesia Medical Centre and doctor dari KKIA sarankan tidak boleh overdue delivery. Means, kalau belum beranak juga sebelum due date, kena induce. Kena paksa beranak!
Takut? Hah! Only momma-to-be know that feeling.
Seminggu sebelum due, masih belum ada tanda apa-apa pun akan beranak. Aku masih lagi steady drive ulang-alik Bongawan-Beaufort ke tempat kerja. Masih steady naik turun tangga di tempat kerja.
5 days before due date, we laki-bini decided to stay at Putatan, tempat kakak aku. Just in case mau terberanak, dekat sikit run to RMC. Sudah bayar kot.
Aktiviti dalam 5 hari itu adalah jalan-jalan di taman, makan puas-puas, ikut laki pergi gym, naik turun tangga shopping mall. Dengan harapan cepat lah beranak tanpa induce. Doktor sendiri cakap sakit kena induce berbanding beranak biasa. Yang beranak biasa pun sudah ter-imagine sakitnya yang entah dapat tampung atau tidak, inikan pula lagi kalau kena induce.
Namun, tiada juga tanda-tanda sakit mau beranak sampai due date on 21st May 2014. Rasa macam sakit senguggut sikit ja yang tidak mengancam sangat. 
Tepaksa pasrah serah diri di RMC untuk dipaksa beranak.
Awal pagi sudah get ready, breakfast kedai mamak makan nasi lemak. Dengar-dengar bila masuk labour room, tidak boleh makan sudah. Ok, aku mau prepare energy. Tup-tup habis makan and on the way ke kereta, aku muntah segala-gala yang baru di lahap. Nervous dia, aku nangis dalam hati. Tidak mau tunjuk pada laki yang sudah sungguh-sungguh bagi semangat.
Nurse RMC pun sudah call suruh datang. Seakan-akan, "come Jiera come. Induce. Induce. Hahaha!" 
Dalam jam 8.30am sampai ja di RMC, register, terus nurse suruh tukar baju. Terus kena suruh masuk labour room. Yang laki terkulai-kulai di luar. Nurse tanya kalau aku ada rasa tanda-tanda mau beranak. I said nothing at all. Then nurse cakap, mau tidak mau kena induce juga lah. Aku redha.
Nurse seluk check bukaan. Nurse terkejut. Nurse cakap hampir 5cm sudah. Nurse berkerut and tanya lagi kalau-kalau aku ada rasa sakit. Aku terkejut binggung. Aku cakap, "ttiiaaddda". 
Then, kena tunggu doktor Sutha for next action. Dr. Sutha came. Seluk bukaan. Same action and same dialog with the nurse earlier. Good news, no need induce! Yehaa!
Dr. Sutha kasi pecah ketuban. Cucuk something dalam lubang taik. Then, kena suruh pergi tandas, berak berabis. Perut tiba-tiba mula rasa sakit. I guess it is contraction. 2 kali nurse ketuk pintu tandas. Takut aku terberanak dalam tandas.
Selesai buang segala dan bertenang dalam tandas, aku baring. Segala macam alat mesin dipasang pada perut. Katanya untuk dengar heartbeat baby. Ada juga monitor yang aku rasa untuk detect contraction. Sebab dari nombor-nombor yang keluar tu seakan seiring dengan kesakitan yang aku alami. I guess lah. Bila nombor tu cecah 40-50, sakitttt!
That time, laki sudah berada di sebelah aku. Tidak putus-putus bagi support. Siap ajar cara meneran lagi. Swasta allow husband to accompany wife in labour room.
Dalam tempoh sakit tu, memang nurse bagi tinggal sampai aku rasa sakit yang paling tidak mampu bertahan sudah.
Lebih kurang 30 minit lepas tu, tiba saat sakit yang memang paling teramat sampai rasa mau serender. Tekan bell. Tidak perasan monitor sudah time tu but laki cakap cecah nombor 80-90 juga. Nurse datang. Check bukaan. 8cm. Panggil doktor. Proses meneran bermula. 
Teran. Teran. Aku tidak pandai meneran. All the time sakit. But according to the monitor, nurse boleh assist bila masa yang ngam untuk teran. They all bagi galakan. "naa nampak sudah kepala dia. Kau mau rasa pakai tangan?" Selambanya doktor.
Apakah??! Tiada masa. Aku mau kasi keluar saja cepat-cepat.
Time tu juga bapa telefon laki minta tunjuk jalan ke RMC. Aku sepenuh tenaga meneran, dia "Ya ya.. Lepas trafic light... Bla bla... Masuk simpang... Bla bla bla..."
Nurse balik-balik tanya kalau-kalau aku perlukan penahan sakit. Masa tu aku rasa tiada masa mau diberi penahan sakit apa segala. Mindset, aku mau cepat berakhir sahaja kesakitan tu.
10.50 am. Anak selamat dikeluarkan selepas 8-9 kali teran rasanya. Itu pun lepas kena vacuum. Alhamdulillah.
Aku very lost energy. Nangis sedu-sedu. Doktor Sutha minta laki gunting tali pusat dan azankan baby. Siap remind laki jangan lupa selawat sebelum gunting tali pusat.
Proses membersihkan baki-baki darah dan menjahit. Korek jangan tak korek. Sambil jahit sambil dibawa bersembang. Sedar tidak sedar, aku tertidur. Penat. Bila nurse kasi bangun, rupanya sudah dipakaikan modes. Tinggal duduk saja di wheelchair untuk masuk wad.
Stay di wad 1 malam ditemani mama dan mama mentua. Aku direhatkan. Baby, nurse jaga. Tapi mama dan mama mentua request untuk jaga baby sendiri. 
Service terbaik. RM3000 lebih juga laki aku bayar bilnya.
Tembuni, sudah siap cuci bersih.

Yang anak second, aku beranak hospital kerajaan. Saja. Plan mau berpantang di rumah mama pula kali ni. So, malas mau jalan jauh-jauh lepas beranak nanti balik Keningau. Lagipun orang-orang cakap, hospital kerajaan pun sudah makin mantap. So mengapa bayar lebih? Hehe. 
Alahan? Teruk! Sama juga, nangis. Kandungan masuk 5 bulan, sudah ok sikit. 
Kes yang sama juga, kali ini pu. Aku gagal ujian gula dan disahkan GDM dan disarankan no overdue delivery.
5 hari sebelum due, aku ambil cuti dan balik Keningau. Aktiviti, tiada yang memberansangkan. Makan. Tidur. My expectation is sebab sepanjang mengandung aku sudah naik turun tingkat 3 setiap hari. Kadang-kadang sambil dukung my first baby lagi yang masa tu umur setahun++. So terberanak awal itu adalah, mungkin.
Sehingga sehari sebelum due iaitu 20 November 2015, masih belum ada tanda-tanda pun baby mau keluar. Hospital kerajaan minta serah diri ke hospital sehari sebelum due. 
Malam itu, aku admit hospital. Cek bukaan, belum ada. Oh my god! Doktor cakap, esok confirm induce.
I must do something! Aku squad. Asal terjaga malam tu, aku masuk tandas, squat. 10 kali. 20 kali. Mana yang larat. 
Namun mindset, kalau terpakas kena induce pun, aku pasrah saja.
21 November 2015, lebih kurang jam 8 pagi. Doktor datang memantau. Cek bukaan. Doktor menggeleng-geleng kepala. Fine.
Dalam diam aku teruskan squad. I'm not sure if the method is allowed at hospital. Biasalah, kan banyak pantang larang.
Then, sepanjang hari berjalan round-round wad. Penat, tidur. Bangun. Squad. Berjalan.
Lebih kurang jam 11 pagi, doktor datang pantau lagi. Kalau belum ada bukaan, petang tu induce. Doktor seluk. 3cm! Thanks Allah!
Tapi kalau tidak buka-buka besar juga sampai petang. Tetap kena induce juga.
Fine. Aku teruskan squat. Berjalan.
Jam 12 tengah hari, waktu melawat. Syukur hari itu kena hari Sabtu, waktu melawat panjang sampai ke malam. Laki aku temankan aku di wad.
Lebih kurang jam 2.30 petang, aku mula rasa tidak best. Contraction singgah sekali sekala. Aku berjalan ke kaunter nurse. Bercerita dengan diorang. Aku report sakit. Nurse cakap, masih boleh berjalan tu. Katanya, tidak boleh kerap seluk-seluk tau, takut jangkitan. Alahai, macam la aku suka sangat proses seluk-seluk tu tau. Kau rajin-rajin saja bergerak ya, dia bilang.
Ok fine. Nevermind. They do their job.
Lebih kurang jam 3, aku sudah tidak larat mau berjalan. Even melangkah 2-3 langkah dari katil, aku sudah rasa mau menangis.
Laki aku sudah tidak keruan. Aku suruh dia panggil nurse.
Nurse datang. Tarik tirai yang tutup katil tu. Seluk. Nurse panggil another nurse. "Ambil wheelchair, kita bawa dia ke labour room, mau beranak sudah ni!"
Nah, baru kamu tau! 
Kemain nervous laki aku. Haha.
Aku kena sorong masuk ke labour room. Kecil comel ja labour room dia. Muat-muat katil beranak, sofa kecil sebuah, and tandas. Another nurse take over. Seluk. "Em, 8cm sudah." 
Sakit. 
Hospital kerajaan tidak benarkan sesiapa temankan kita dalam labour room. Kau berjuang la seorang-seorang. Kecuali if laki uols ada ikut program father friendly. Laki aku manada join tu.
Nurse kasi pecah air ketuban. Then nurse kasi tinggal aku seorang dalam bilik. Hanya suruh panggil kalau rasa sakit yang teramat sudah.
Rasanya, lebih kurang 5 minit saja nurse kasi tinggal. Aku sudah rasa sakit mau mati.
Di hospital tu tiada pula mesin yang boleh detect contraction yang keluar nombor-nombor tu. Yang aku tau, sakit yang memang sakit yang tidak tertahan sudah.
Panggil nurse. " Aik, kau sakit terlampau sudah kah?"
Aku, "iya nurse. Iya!"
Seluk lagi. Nurse berkerut.
"Ok, sekarang kalau mau teran, teran saja. Aku sambut sudah ni"
OMG aku mau beranak sudah.
Yang aku tau rasa sakit berpanjangan. So aku main teran sesuka hati. Yang penting baby keluar cepat. Tapi salah. Kena ada kontrasi yang maksimum baru teran. 
Kalau ada mesin tu kan senang, nurse pun boleh agak bila contraction and suruh kita teran.
Alhamdulillah, 3.35 petang lahir dengan selamat dan sempurna puteri aku yang kedua. 
Aku sebak juga.
Dengan badan baby yang masih diselaputi lebihan air ketuban, nurse letak baby atas dada aku. Ya Allah! That feeling is soooo amazing!!
Nurse potong tali pusat baby. Baby masih atas dada aku. Nurse korek lebihan darah. Aku sudah tidak terasa sakit sangat. Korek lah.
Then, another nurse take my baby untuk dikasi bersih kemudian diazankan oleh laki aku.
Nurse yang tadi suntik peha. Katanya untuk kecutkan rahim. Aku rasa aku sudah kebal.
Then nurse spray tempat baby keluar tadi. Katanya bius untuk menjahit.
Nurse jahit yang lapisan dalam. Aku kebal. Then nurse inform mau jahit lapisan luar. Masya Allah. Part tu sakit! Amat terasa jarum dan benang tu dicucuk masuk dan ditarik keluar dari kulit. Huwaa!
Selesai.
Nurse kasi prepare salinan pakaian dan modes di atas sofa kecil. Siap tunjuk pintu tandas di mana. Ok, understand.
Tapi aku mau rehat sekejap. Penat dan masih sakit.
Tidak lama kemudian, nurse masuk lagi. "Aik, kau belum tukar lagi?"
Aku yang sakit dengan gagahnya turun katil, masuk tandas, bersihkan diri, tukar persalinan. All by myself.
Selesai. Aku mau rehat sekejap di sofa kecil itu.
Tidak lama, nurse masuk lagi bawa my baby and wheelchair. "Nah baby kau. Sekarang mari saya bawa kau naik ke wad. Baru kau boleh berehat."
Aku ditemani laki aku, anak pertama aku, keluarga aku dan keluarga mentua sampailah habis waktu melawat.
Malam tu masih kena tinggal di wad. Me and my baby. Tidak boleh ditemani oleh ahli keluarga.
By the way, layanan nurse and all service is very not bad okay. Berbaloi jug walaupun ada sakit sikit.
Tembuni, laki aku terima dalam keadaan yang masih berdarah. Belum dibersihkan.
Payment, free with guarentee letter from majikan. Hehe.
Oh ya, masih discharge from RMC, diorang ada bagi ubat tahan sakit. Discharge from hospital kerajaan, diorang bagi ubat tambah darah.
Okay, that is all. Thank you.

Friday, 26 September 2014

Dear Husband

Hai husband. *kenyit mata*

Ohh myy godd! I am soo banyak membebankan you sejak we know each other kan.
Ok, orang rasa guilty. Orang minta sorry banyak-banyak kio.

Entahlahh...
Sometimes orang fikir, you deserve someone yang better than me.
Yang awak tidak perlu runsing-runsing mau fikir macamana mau handle sedikit perangai 'maharani' orang ni.
Yang awak tidak perlu bersusah payah tunaikan kemahuan orang yang kadang-kadang tidak berbaloi itu.
Yang membolehkan awak beri keutamaan kepada diri awak sendiri yang lebih mendesak.
Yang tidak terlalu bergantung pada awak walaupun perkara yang remeh-temeh-memeh.

Awak...
Komitmen awak sudah cukup banyak, I guess.
Awak hebat sebab mampu hadap semua itu dalam satu-satu masa.
Tambah lagi orang ni yang kadang-kadang bikin awak 'diluah mati mak, ditelan mati ayah'.
You always have a solution.
Sampai kadang-kadang tu orang fikir, oh you never let me pening-pening kepala memikirkan the next step.
You always have a decision in advance.
What am I? Sooo relax dowh.

Now orang jadi manja.
Tapi dalam kemanjaan itu, orang perasan kerut muka awak.
Orang cuba selami perasaan awak.
Mungkin sakit hati tapi awak sedar yang awak perlu sabar.
Mungkin sedih tapi awak pura-pura 'it is not a big deal'.
Mungkin marah tapi awak tetap kena cool.
Mungkin merajuk tapi awak berlagak gentleman.
Mungkin boring tapi awak sedar tanggungjawab.

Memikirkan begitu, buat orang rasa bersalah yang teramat.
Perasaan orang sendiri, orang main lepas saja. Tiadalah mau fikir tindakan tersebut boleh buat orang lain termasuk awak terganggu.
Awak tetap layan, awak tetap cool.
Jahatnya orang. Orang sangat jahat!

Hmm...
Mungkin orang yang terlebih fikir sentimental bagai.
Mungkin naluri perempuan memang macam tu. Naluri lelaki yang tidak berapa mau kisah sangat.
Ohh I wish I have that feeling. Tidak lah sesak hati sendiri.

At the end is, orang mau announce...
Sebab itulah orang sayang sangat sama awak.
I love you lah katakan.
And please...
Jangan pernah bosan layan orang.


Sunday, 21 September 2014

PJJ Belum Habis-Habis Lagi

Melangkah masuk ja tempat ni, terus sakit kepala menyerang bertubi-tubi.
Kalau ikut betul, aku sepatutnya sudah graduate tahun ni. Angkara defer punya defer punya defer, sampai terberanak pun belum habis lagi belajar.
Sengaja kan cari pasal.

Tidak apa Jiera. Dua sem lagi tu. Dua semester lagi, merdeka lah engkau.
Cuma...
Kuatkah aku? Mampukah aku? Sepertimana ibu-ibu yang lain yang juga ambil PJJ dan berjaya?
Time beranak tu, tidak terganggu kah saraf-saraf otak aku untuk terima pembelajaran?
Masih ada masa kah aku mau revision study? Oh my Yeyye...
Tesis?! Oh my god! Sepatutnya sudah start sem lepas. Apa pun belum buat lagi. Sempatkah?

PTPTN pun sudah tidak cover lagi. Sebab terlebih sem sudah. Oh matai!
Husband? Oh yes. He is very supportive. Even moral, even finance, even assignment. Hehe. Kalau bukan sebab husband, rasanya sudah lama aku give up habiskan study ni. Thank you and I love you. Dia tiada blog, tapi aku tau mesti dia baca entry ni dari iPad sebab aku jarang juga log out. Hello husband...:)

Akhir kata, aku berharap semoga urusan ku untuk mengapai segulung ijazah dipermudahkanNya.
Let's the headache started!

Saturday, 20 September 2014

Meet My BFF

Assalamualaikum.

Best pula tulis-tulis di blog ni kan. Walaupun tidak berapa mau ada follower sangat. Haha! Malas mau belajar cara-cara dapatkan follower. Macam complicated betul. Biar lah...

Today is I kat hometown yang di Keningau. So we have plan something with my BFF yang sorang ni. Hanging out! Me is melepaskan bosan diri ini di tempat baru yang belum berapa mau ada kawan sangat. Kesian... Jadi apa lagi. Bila sudah sampai Keningau, "Meng, pick up. Let's go out!"

So, what am I doing today...
Peluk kiss baby Yeyye, and babai her. Tinggal dengan nenek and aki dulu sekejap ya. Memeng is coming.
Then, 1st destination is bengkel. Derh!! Servis kereta dia dulu. 1jam lebih kereta dia kena kelentung kelentang, sesi curhat antara kami telah berlaku bersaksikan sparepart-sparepart kereta bertempiaran. Owh well, what else BFF do kan... Of course curhat and support each other.
Jam tu memang sudah lapar. Selesai urus kereta, terjah Restoren Rahmat. Pekena roti telur dan teh tarik and sambung curhat. Nyummy!
Lepas tu, the main point is, facial..! Aku dah cakap dah bulan tua. Tapi memandangkan sudah lama aku tidak facial dan ini saja time yang best sebab dapat facial berteman, so biarlah koyak poket I. Hewhewhew!

Brenda Beauty Centre. Gambar ini sengaja aku ambil sementara tunggu Memeng sebab aku ambil pakej paling murah dan siap duluan. Sudah cakap, poket koyak. Kahkahkah! Memeng is buat treatment facial memandangkan lagi 5 bulan akan bertukar title ke 'Puan'. Amboi, patutlah iya-iya dia bawa facial.

Next, we all pergi Keningau Mall sebab I am looking for set buaian untuk baby Yeyye. Dulu memang niat tidak mau guna ayunan tu. Akhirnya mengalah juga bila aku terpaksa bekerja dan yang jaga Yeyye tidak berapa mau larat sangat. Bila balik Keningau, terpaksa juga standbykan satu di sini. Kesian juga my mama kena jaga Yeyye bila aku pergi kelas nanti. Sampai seharian pula tu. Bukan apa, aku dan husband ni jenis yang suka berjalan. Dengan itu, kemana kami pergi aku tetap akan bawa Yeyye sekali. Gila mau kasi tinggal?! Kan payah kalau nanti bergantung sangat dengan ayunan.
Lepas tu, we all jalan pusing-pusing area sana ja. Apa la yang mau di window-shopping-kan di Keningau ni kan. Ahaha!
Lepas tu singgah Beshi Mart. Beli barang-barang dapur sikit. Yang membeli tu Memeng. Aku beli bread ja, boleh bikin breakfast sefamily esok pagi. Bulan tua kan. Hehe.
Lepas tu, balik. Jumpa Yeyye. Alahai rindunyaaa...
Itu saja. Tidak menarik pun. Rugi ka kamu baca? Hahaha sorry!

We all on the way pulang. 
She is my best friend since form 4. We're getting close after terlibat satu program sekolah pergi Melaka. Sudah kami dua ja wakil dari Keningau ke sana time tu, kena la bonding. Rupanya chemistry antara kami ada. Hihi. Walaupun form 4 tu kami sekelas, lepas program tu baru rapat until now and forever. Insya Allah.
She is kind person, funny, honest, friendly, loyal, agak talkative, amat protective, dan daebak. Dulu dia agak berisi, sekarang ada fight kurus kami. Kami selalu fight markah Bahasa Melayu dan Pengajian Am, tapi selalunya aku menang. Kalau dulu dia jadi Garfield, aku jadi Odey. Dia suka buli aku (buli manja), tapi kalau orang lain yang buli aku, dia marah orang tu. Kalau dulu aku jenis pemalu gila, tapi always rasa selamat bila dia ada. Sebab kami kawan, tiba-tiba aku jadi confident with myself.
Kalau dulu dia ketara kasar, kawan dengan aku dia sudah pandai control ayu. Tapi silap gertak, kasarnya keluar juga. Kalau dulu lagaknya macam samseng, kawan dengan aku dia jadi agak beriman sikit. Hoho.

Dedicate to Memeng, I love you.




Friday, 19 September 2014

Quote Of The Year

"Don't Teach My Parents On How To Raise Me"

Sumber: Instagram

We have a same thought huh, #schawal?

Terkena betul di hatiku yang mudah tersentuh ini. Cis, haha.
Indeed, my daughter dikelilingi oleh insan-insan yang baik hati, tersangat caring dan menyayanginya. Semua juga mahu yang terbaik untuk si techik-techik Yeyye. I am sooo grateful for that. Alhamdulillah.
But please, let me and babba dia raise our daughter with our own way. 
Macamana sayang mereka pada Yeyye, aku lebih sejuta kali sayang.
Macamana caring mereka pada Yeyye, aku lebih sejuta kali caring.

So shut up and respect this newly parents. Hewhewhew.
No, i mean... Aku mengaku ilmu keibubapaan pun belum seberapa, segelintir orang juga boleh cakap, "ala, excited ja ba tu lebih. Kebaruan kan dapat anak." It is okey. Tapi tidak salah kan kita sudah rancang semuanya untuk si anak termasuklah untuk kestabilan family sendiri yang baru terbentuk. Apa yang mungkin tidak betul, tegur la secara berhemat. Maksud aku, berhemah. Kadang-kadang ada reason yang munasabah bagaimana kami membentuk si techik-techik tu.
And of course, i just want to enjoy my life as a mamma. Penat tapi berbaloi. Because that things will make me proud to be a mamma :)

Nota kaki - Biasanya aku suka stalk post-post insta makhluk Allah yang ada baby. Soo cute. Soo sweet. Automatic aku juga terasa kebahagiaan mereka dengan kehadiran anugerah terindah amanah dariNya. Gittew!

Wednesday, 17 September 2014

Sir Boss versus WhatsApp

Bismillahi Rahmani Rahim.

Segala puji-pujian untuk sir boss a.k.a boss aku sebagai pembuka dan pemanis bicara entry. Kuikuikui.

Aku ada seorang majikan yang aku gelar sir Boss only in my blog. Beliau seorang boss yang baik hati, bertanggungjawab, masih hensem, dan yang paling ketara adalah beliau sememangnya seorang pemimpin yang berkaliber. Banyak perubahan positif dan pencapaian terbaik yang telah dilakukan. Cuma, kedekut sikit. -hep!*lastik mulut*-

Pada suatu pagi,
Sir Boss : Puan, puan tau aa itu wassap??
Aku : Oo tau.
Sir Boss : Ini aa, saya tidak tau oo kenapa itu wassap tidak dapat buka sini.
     ~ Tunjuk henfon miliknya, model nokia C7 (I guess la) *Oh tuhan, seriusly pendapatannya sebulan cecah puluh-puluh riban okeh. Nokia C7?? Bawa kereta kancil?? (Tiba-tiba, haha) sekarang percaya ka aku cakap kedekut tadi? -hep!lastik mulut-* alkisah kedekutnya, in another entry maybe.
Aku : Tengok? 
      ~ Dengan konfiden aku tekan icon WhatsApp. WhatsAppnya tidak terbuka tapi something appear. -->>tulisan cina<<--
Sir Boss : Apa itu maksud dia? 
Aku : (Dahi sudah berkerut seribu. Yang cina ni, aku ka atau sir Boss?) Ooh... Ermm... Cemana aa, entah la sir.
Sir Boss : Oo puan tidak tau aa itu wassap?
Aku : (Senyum tawar, dahi berkerut, angkat-angkat bahu)
Sir Boss : Tidak apa la puan aa. Saya tanya bini saya. Ok ok.
     ~ Berlalu pergi. Sambil dail nombor telefon bininya kali.

Dahi masih berkerut, aku pandang Kak Emy (sesama staf). Dia sengih.
Kak Emy : Peduli Jiera. Dia bukan tau apa-apa tu. Segala bagai email ka, Wassap ka, pesbuk ka, bla-bla-bla, semua bini dia tu yang handle.
Aku : Hahahaha.

Lebih kurang sejam later, sir Boss kembali...
Sir Boss : Haa puan, tadi saya mau uninstall itu wassap aa. Bini saya tunjuk. Jadi sekarang apa mau bikin? Cuba puan tengok. Saya tekan ini (application store), keluar ini macam. Apa maksud aa?
Aku : (Tengok henfon beliau. Dahi kembali berkerut. Garu kepala) Sir, tidak faham oo.
Sir Boss : Oo puan tidak tau aa. Ok la aa.
     ~ Berlalu pergi.
Aku : (Bingung. Kenapa pula aku yang bingung? Entah...)

Selepas sir Boss jalan, Kak Ana (semama staf juga) menyampuk...
Kak Ana : Aik Jiera, nda kan kau nda tau itu wassap? Selalu juga kita bewassap...
Aku : Bukan apa kak. Dia minta ajar masalah wassapnya, iya-iya ja tunjuk henfonnya tapi chinese language pula. Manakan aku dapat faham.
Kak Ana dan staf yang lain : Bhahahahahaha!!!!


Moral of the story = Sir Boss tidak kasi aku pegang henfon nokia C7nya lama-lama. Kalau tidak, boleh juga aku explore masalahnya. Dan disebabkan itu aku saspek henfonnya sebenarnya belum connect wi-fi atau pun tiada data internet. 

Dan aku saspek, antara semua staf, kenapa aku yang terpilih untuk diajukan masalah itu? 
Adakah kerana aku lah staf yang paling banyak masa hadap henfon? Kadang-kadang hadap henfon pandai sengih serupa itu kerang busuk? 
Atau adakah kerana kedudukan meja aku yang paling kelihatan dari pintu bilik opisnya? 
Jadi kedapatan aku selalu curi tulang online di henfon??? 
Lalala...



Tuesday, 16 September 2014

Kesekian kalinya

Tersebut lah kisah aku...

Selepas beberapa ketika, masa terus berlalu. Bila sudah berlalu, terasa masa begitu cepat berlalu. Lalu...

Tup-tup-tup pemilik blog ini sudah pun kawen. Oh my, so much too story about... The preparation, the ceremony, the feeling... Shortcut cerita, woohoo best!!


Tup-tup-tup 8 bulan berlalu, baru aku disahkan hamil. Omagahhh. Beautiful pregnancy moment. Only can say ~ Subhanallah, ada kehidupan lain wujud dalam diri ini. It's a baby!
Tup-tup-tup sudah pun beranak. I really-really meant it when i say ~ Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya. Normal deliver and kurang sejam dalam labour room. Kihkihkih! Mo story juga pengalaman beranak tu in another entry. Insya-Allah.


And here there are. Now I have a beautiful cuteness overloaded soo muchoo daugher. Haha.
Mamma and babba is so in love with you, baby Yeyye.


See, betapa hebatnya perancangan Allah s.w.t. Alhamdulillah.


Wednesday, 27 February 2013

Beaufort - Sipitang - Lawas - Limbang - Brunei - Miri

10.02.2013, 10.03pm - Alahai lambatnya si kawan-kawan dari KK. Sedang tunggu kena singgah sambil tertidur-tidur lagi. Lokasi? Masih di rumah Kg. Malawaring, Bongawan. Err for details, masih di bilik tidur. Zzzz..!
10.20pm - Naa sampai pun mereka dekat simpang rumah. Si kucing Deren yang gemuk dan pemalu kelam kabut lah bah lari masuk perkarangan rumah dari simpang. "Stranger, stranger..." mungkin itu dalam hatinya. Haha. LET'S THE JOURNEY BEGAN!! ^^



11.02.2013, 5.48am - Keadaan yang masih gelap gelita, we'ol memulakan perjalanan. Bismillahirohmanirohim... Moga-moga tiada yang masih mamai di subuh-subuh ni. Bagi penumpang macam saya, okey sahaja, boleh sambung tidur dalam kereta. Hihi. Apa tidaknya, semalam sampai ke rumah Tajul di Kg. Lingkungam pun sudah jam 11.20pm. Meninggah lagi di Beaufort isi minyak kasi full. Then, macam-macam lah bah ceita dari asal-usul Brunei (mentang-mentang lah mau ke negara Brunei kannn) ke cerita hantu ke cerita kedai kopi, tidurnya sudah jam 1.00pm. Kau ada??
6.15am - Dui duii... Singgah tandas di Sipitang. Isi perut yang tidak baik si Masri and Mr. Husby perlu dibuang terlebih dahulu. Ngek!
6.38am - Imigresen Sindumin. Taking-taking picture.
7.19am - Lawas. Limpas saja.
7.49am - "Walaikumsalam ma, kami limpas Lawas sudah. Kan masuk Brunei lagi sakajap." Send delivered to mama in law. Yay! We in Imigresen Temburong, Brunei Darussalam.
8.25pm - Imigresen Puni. Sedang tunggu feri ke Limbang. Pfft! Feri la sangat. Hihi. Harga tambang feri RM8.00 or dolar brunei 4.00. Cekik darah!
Lebih kurang jam 9.00am tadi sampai Limbang. Wuhuu! Meet my husband's bestfriend here, Sukri si chinese looking. Amboi popular naa, nama terpampang pada banner Bank Rakyat Limbang. Kehkeh... Dan beliau akan dipergunakan sebagai guide sepanjang tour kami di sini hingga ke Miri. Padan muka dia. Haha! Sukri bawa breakfast di Nurul Restaurant. Pergh! Sedap mi jawa and laksa di sini. Tidak pasti berapa harganya, all paid by Sukri. Ambek! Syukurrr... :)
10.12am - Perjalanan disambung lagi ke Miri. Husby driving sudah ada kawan bercerita. Boleh lah I sleep well di belakang. Lebih kurang 3 jam okei, 3 jam perjalanan!
10.59am - Imigresen Kuala Lurah. Berbaris kereta dowh! Telah agak wasting time.
12.48pm - Imigresen Sungai Tujoh. Huargggg! Baru bangun... Kehkehkeh. Welcome to Miri, Sarawak.

12.02.2013, 10.50am - Selamat pagi! I just having a wonderful yesterday ;) Sekarang sedang keluar dari Miri ke Brunei lah pula. Time to jalan-jalan jelajah Brunei. Wuhuu...
Sesampai ja Miri kelmarin kan, perkara pertama yang dilakukan adalah cari hotel, motel, homestay or whatever. Pusing-pusing punya pusing-pusing, akhirnya keputusan di ambil untuk stay di De' Central Hotel. RM70 sebilik. Jangan nak harap macam hotel mewah yah. Haha, air mandi kejap sejuk kejap panas. Tapi just okey lah untuk kaki-kaki jalan yang bukan jenis diam-diam dalam bilik hotel. Yang penting, boleh sleep well. Siap berdengkur-dengkur lagi. Kahkahkah... Penatnya macam sudah 2-3 hari berjalan.
Siap check-in and rehat dalam beberapa minit, misi berjalan cari makan bermula. Restaurant Muara, sebelah hotel ja jadi pilihan. Ya Allah, punya main sedap Nasi Lalapan! Tiada penyesalan. Aku juga makan sampai licin, yang lain siap tambah nasi.
Habis makan perut kenyang, Vivi mengesorkan ke Old Lady. Nasib juga Sukri tau jalan kesana. Kalau tidak, pusing-pusing juga la cari jalan. Rupanya Old Lady tu tempat muzium Petroleum. Memang tak masuk aa tiket RM10.00 seorang tu. Haha. But di luar tu pun lawa juga, gambar-gambar dengan replika pengorek minyak. And view Bandar Miri memang very nice from here.
Next, Mr. Husby berabis membawa ke tempat yang ada patung kuda belang yang besar gila tu. Marina Bay. Patung tu? Ya memang besar and menarik. Tapi kawasannya sangat pelik. Maksudnya, mungkin suatu ketika dulu tempat tu pernah cantik. Tapi entah kenapa sekarang, macam dalam filem seram jak. Dengan resortnya yang cantik tapi terbiar dan semak dan suram. Rasa macam menceroboh pun ada , tapi ramai juga orang kesana. Orang dating lah bah paling banyak. Hehe.
Next, Sukri bawa ke Bintang Mall. Kami telah berpecah dengan Sukri sebab dia ada tujuan lain. Kami yang lain tawaf la Mall tu. Sempat juga tukar duit Brunei. Payah nanti lalu tol ke Brunei sebab kena bayar pakai duit Brunei. Duit RM pun boleh juga, tapi rasanya lebih jimat pakai matawang Brunei. Lagipun manatau ada juga mau di shoppingkan di Brunei nanti. Habis tawaf Mall tu, Sukri tidak dapat dihubungi. Kunci Kereta pula tempat Sukri. Rupanya Sukri itu adalah gimbaran semata-mata. Oh, rupanya Sukri tu sedang sibuk main singa and terpaksa off handphone. Tidak, rupanya Sukri sudah penat menuggu sampai tertidur bawah kereta. Cis, rupanya itu semua spekulasi yang dibuat-buat sambil menunggu Sukri di parking lot. Agak gila kepala otak mereka. Akhirnya sanggup Sukri masuk CC untuk connecting melalui FB sebab handphone dia habis bateri.
Setelah berjaya bertemu kembali dengan Sukri, kami balik ke hotel. Malam sudah. Cari makan la dulu, warung-warung dekat hotel pun rare juga tempat lepak-lepak memalam. Dengan tanglung-tanglung dan lampu-lampu neon bersangkutan sepanjang jalan, best! Makanan? Not bad. Sebelum balik hotel, ternampak lah pula gerai burger bakar. Naa kegemaran ramai la tu. Siap dalam menu, ada burger arnab. Alahai. Gerai Hassqeea, sila cari berdepan dengan De' Central Hotel. Buka malam ja. Langsung tiada penyesalan. Sedap mantap! Lebih kurang jam 10.30 pm kami balik ke hotel. Penat. Tidur.
Kerana dilanda kepenatan, kami wanita-wanita terlewat bangun biarpun beberapa kali kena panggilan dari bilik lelaki. Hahahihihuhu. Dalam jam 9.00, kami check-out.
Sukri bawa breakfast di Restoran Selera Rasa Segar. Special betul nasi lemak di sini. Mesti try nasi lemak kerutuk and nasi lemak ayam percik. Terangkat beb!! Juga tiada penyesalan biarpun harga RM7.80 sepinggan. Berbaloi...
Menyempat juga ke Miri Handicraft Centre. Macam biasa lah, aku mesti mau cari magnet yang melambangkan tempat yang dipergi. Menyempat juga beli t-shirt Miri. Mr. Husby pula menyempat beli senduk. Senduk?? Haha.
Sebelum berangkat ke Brunei, singgah di E-Mart beli ikan terubuk masin. Meriah juga tempat ni. Mengapalah tidak menyinggah sini kelmarin kan. Tidak sempat sudah mau tawaf. Harus ke Brunei sudah.
Okei, perjalanan ke Brunei masih jauh. Kepala pun pening-pening sudah meng'update'di i-pad ni hah. Baik tidur hingga sampai. Hehe!
6.40pm - On the way balik Limbang. Baru saja melepasi Imigresen Kuala Lurah. Well, sudah pun selesai ronda-ronda Bandar Sri Begawan. All i know, panas woo. First, kami singgah satu tempat yang kelihatannya macam tamu. Rupanya it is nothing special to jalan-jalan disana. Buang karan. Then masuk Mall entah apakah itu... Tiba-tiba masuk pula di pameran sejarah Regata di Brunei. Ngahhh! Macam tiada arah tuju pula ni tau. Haha. Baik cari makan. Tentu-tentu mau merasa nasi katok yang popular itu. Singgah restoran Nasi Katok Mama. Sedap!!
Lepas tu kan, tiba-tiba pula kami masuk muzium Brunei. Erk! Tidak menyempat masuk Bangunan Alat-alat Kebesaran DiRaja. Rasanya sana tu best. Biarlah. Then, kami pergi Masjid yang dikatakan berkubah emas. Sampai sekarang jadi pertikaian dikalangan kami samada ianya emas betul atau sekadar cat or mozek yang bersadur warna emas. Pening ja fikir. Bila mau ke Istana Sultan Brunei pula, tidak pula jumpa jalan. Pusing punya pusing, balik juga ke jalan yang sama. Last-last terus jalan balik Limbang.
8.24pm - Sedang rehat dalam bilik V5 South East Hotel, Limbang. Pusing-pusing cari hotel bajet, sini juga la jadi pilihan. RM80.00 for family room. Why not? Laparrrr... Jejaka-jejaka ni lambat memanggil untuk bawa keluar makan.
11.19pm - Selesai mandi. Time to sleep well. Thank you Sukri sebab bawa makan malam dekat Stall Open Air. Rare betul makan di sana. Tomyam sedap, sate pun ada. Kenyang gila. Zzzzz.

13.02.2013, 8.55am -Selamat pagi Limbang!! Aku sudah siap, ready to jalan. Vivi and Yusnie masih sedang bersiap gitew. Kejap lagi akan check-out dari sini.
Sebelum berangkat pulang, kami jalan-jalan sekitar Limbang. Of course pergi ke pasar tamu cari Tahay. It is ikan entah apa yang kena salai. Semua orang membeli, so aku pun membeli lah. Tidak lah sedap sangat pun. Ekeke. Sebelum tu, kami jalan-jalan cari sarapan di timgkat atas pasar tu. Not bad at all. Makanan pun just boleh tahan sambil menikmati view sungai Limbang. Plan mau ronda-ronda naik bot keliling kampung air sana tidak jadi bila pakcik bot tu mark up harga tambang sampai RM40! Cekik darah, makan lah bot kau tu. Haha.
Sepanjang perjalanan balik, singgah lagi di Lawas ambil lunch. Tempat makan yang berhampiran sungai Lawas juga. Jalan-jalan sekitar pasar Lawas cari beras Bario, beras paling mahal! Lepas tu, singgah lagi di Sipitang. Kebetulan tamu Sipitang pada hari itu, tinjau-tinjau bundle kejap. And of course wajib men'try' satay Sipitang yang terkenal dengan sedapnya di situ. Singgah punya singgah, kami sampai rumah sekitar jam 7.00pm.

Sekian.

































































Monday, 21 January 2013

Dilema

Maha penakut macam Rumplestilskin. Silalah tengok drama 'Once Upon A Time', and you will know coward is he. Memaki-maki ba kunun, tapi dalam hati jak. Pui. Bila terasa diri sering dimanipulasikan untuk kepentingan mereka sendiri. Diri seperti tunggul kerana tiada kemampuan untuk menentang. Kesian kesian.

Suatu hari Rumplestilskin dapat peluang untuk mengubah diri, nasib dan takdirnya. Dia terus memanipulasikan seluruh alam. Melakukan kejahatan seperti yang pernah mereka lakukan terhadapnya. Malah berganda-ganda lebih teruk. Hah! Hebatnya kalau ada power. "All power comes with a price." Tapi itu cerita dalam fairytale. Dalam diri masih ada insani. If I have a power by suddenly, of course diri juga akan mengubah dunia. Akan memanipulasi segala-galanya. And happily ever after. PFFT!

Monday, 23 July 2012

Kalau Cuti Sekolah

Musim cuti sekolah adalah sinonim bagi majlis-majlis risik, meminang, tunang dan tentu sekali kahwin-kahwin. Em biasalah, time cuti sekolah ja kebanyakkan orang boleh spend time untuk acara-acara seperti itu.ngee... Saya sendiri, dalam fasa-fasa umur mau kahwin ni pun terima banyak undangan perkahwinan, khabar pertunangan kawan-kawan juga kazen-mazen. Nda terlayan la semua sekali ba kan.ngee... Cuma saya berkesempatan join dalam beberapa acara yang melibatkan keluarga la, terutamanya :)

Rombongan meminang sekaligus majlis pertunangan untuk my cousin di Kampung Mosopoh, Nabawan. Jauhnya perjalanan dari Keningau sampai 2 jam termasuk setengah jam masuk jalan gravel. It's fun! Ini la kerja kalau with my only sister, suka bergambar sendiri. Cemana juga kalau sudah canteq kan. Pfft! Time ni dua-dua pihak sedang runding-runding harga berian. Si cousin ni pun cari bakal bini orang murut, amek kau berian riban-riban. Syukur la nak, parent dia tidak kasi berian sampai mati.ngee...

Kan? Macam nikah sudah dorang :D Punya main sporting la ngian kami yakni bapa kepada cousin kita yang lelaki tu juga seorang haji you all. Alhamdulillah perbincangan berjalan lancar walaupun mengambil masa agak lama disebabkan perbezaan kaum dan agama. Tapi semuanya dalam keadaan aman damai, toleransi dan tolak ansur. Well, 1 sabah lah kata kan :)) Welcome to our family Lyn. Insya Allah dia akan belajar tentang Islam secara perlahan-lahan.


The other day, me sudah bersiap untuk ke majlis pernikahan cousin lagi 1. Hanya me wakil ke sana because mama n bapa pergi majlis kahwin yang lain lagi. Sorry to say, me memang suka bergambar sendiri kalau me rasa me cantik. *cough-cough* (normal kut, ladies-ladies)ngee... 

Me sampai awal la pula, so sempat la menyemak dekat bilik bakal pengantin, amek aura sikit-sikit kan :D seronok tengok bakal pengantin ni mempersiapkan diri untuk diijab kabul. Dari proses lukis inai ke mekap ke persalinan. Me pun terikut-ikut gemuruh dan excited.ngee...

Ya Allah ya Tuhanku, this is my hand. Me pun ikut-ikut minta lukis inai di tangan! Ngahaha... First time dapat tengok orang lukis inai free hand macam ni. Best. Kagum. Cantik.

Me and Jaja yang sedang berdebar-debar menanti beberapa minit untuk bergelar isteri. Alhamdulillah sekali lafaz laki kau Jah :)

Di hari persandingan si Jaja :) Semoga berbahagia sehingga ke syurga. Amin.


*Entah la majlis kahwin saya sendiri nanti macamana, ahahaha!!